|
Written by eJS
|
|
Thursday, 02 September 2010 16:49 |
|
There are no translations available.
Â
Tanggal 01hb September 2010 merupakan hari terakhir Timbalan Pengarah Pendaftaran, YH. Dato' Jamilah bt Mohamed Noor berkhidmat sebagai penjawat awam. Persaraan beliau diringi tangisan kakitangan PTG yang hadir bersama pada petang itu. Sedih. Hiba. Sebak tatkala YH. Dato' menitiskan air mata perpisahan. Selamat Maju Jaya dan semoga dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan gembira di samping keluarga tercinta. Â
Â
Kuning emas masaknya padi     Mawar mekar dalam jambangan Terima kasih daun keladi     Budi pasti jadi kenangan.
Â
Akar keladi melilit selasih     Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi junjungan kasih     Kami kenang sepanjang zaman.
Â
Baik bergalas baik tidak     Buli-buli bertali benang Baik berbalas baik tidak     Asal budi sama dikenang.
 |
|
Written by eJs
|
|
Tuesday, 24 August 2010 09:14 |
|
There are no translations available.
Â
MAJLIS BERBUKA PUASA & MERAIKAN ANAK YATIM
@ PERMATA CAMAR
20HB OGOS 2010
PERMATA CAMAR adalah singkatan kepada Penempatan Anak-Anak Yatim Cahaya Makmur, sebuah penempatan anak-anak yatim yang ditubuh dan dikendalikan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang atau NADWAH.
Mengambil keberkatan sempena Ramadhan ini, satu majlis amal bersama PETALIAN telah diadakan pada 20hb Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadhan 1431H yang lalu. Majlis Berbuka Puasa & Meraikan Anak Yatim mendapat sambutan yang meriah dari ahli PETALIAN serta ahli keluarga bertempat di Rumah Anak Yatim Permata Camar, Kg Cempaka Pantai Sepat, Kuantan.
Majlis yang dikelola Biro Sosial, Rekreasi dan Lawatan PETALIAN telah menyerahkan sumbangan yang telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Sosial, En Mohamad Mokhtar b Mohd Yunus kepada Tuan Haji Eimel Hisham b Ahmad selaku Bendahari Permata Camar.
Majlis seawal 6.30 petang dimulai dengan mendengar ucapan dari kedua-dua belah pihak dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada warga Permata Camar yang ada seramai 40 orang. Jamuan makan disusuli setelah bersama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah. Semoga majlis mendapat keberkatan serta sedikit sebanyak dapat menggembirakan penghuni Permata Camar dengan kunjungan yang julung-julung kali diadakan ini. Insya Allah.  Â
|
|
Last Updated on Wednesday, 25 August 2010 12:07 |
|
|
PROSES PENDAFTARAN PINDAHMILIK TANAH |
|
|
|
|
Written by eJS
|
|
Monday, 23 August 2010 11:29 |
|
There are no translations available.
Â
PROSES PENDAFTARAN PINDAH MILIK TANAH (PMT)
SEHARI BEKERJA
Â
Pindahmilik adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik. Proses pindahmilik boleh terus dilakukan bagi hakmilik yang tiada sekatan kepentingan atau batasan (kaveat). Namun begitu, bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan atau batasan, kebenaran daripada mana-mana pihak yang berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.
Â
Pendaftaran pindahmilik tanah mengambil masa kira-kira sebulan dengan menggunakan kaedah secara 'Batch Processing' (BP). Tetapi dengan inisiatif semua Pentadbiran Tanah melaksanakan One Piece Flow (OPF), pindahmilik tanah dapat diselesaikan dalam tempoh sehari waktu bekerja.
Â
Bagi memastikan permohonan pendaftaran pindah milik dalam tempoh satu hari dapat diproses, pemohon hendaklah menentukan bahawa permohonan pindahmilik yang dibuat adalah lengkap dan sempurna untuk didaftarkan.
Â
One Piece Flow (OPF)?
Â
Ia bermaksud penerimaan mana-mana penyerahan pindah milik yang 'lengkap dan sempurna untuk didaftarkan' (Fit for Registration) terus boleh diproses dan didaftarkan. Melalui proses ini, pendaftaran pindahmilik tanah hanya membabitkan 'Landed Property', boleh dilaksanakan dalam tempoh satu hari bekerja. Proses OPF tidak termasuk hak milik strata. Secara tidak langsung, ini adalah merupakan salah satu langkah yang diambil bagi meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan dalam urusan pentadbiran tanah. |
|
Last Updated on Monday, 23 August 2010 11:39 |
|
Pekeliling KPTG Bil 2/2010 |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Thursday, 19 August 2010 09:10 |
|
There are no translations available.
Â
 |
|
Last Updated on Thursday, 19 August 2010 13:26 |
|
|
Written by eJS
|
|
Saturday, 21 August 2010 11:02 |
|
There are no translations available.
|
|
Last Updated on Saturday, 21 August 2010 11:28 |
|
Pelaksanaan Sistem Biometrik |
|
|
|
|
Written by Normaliana Mustamam
|
|
Monday, 24 May 2010 11:29 |
|
There are no translations available.
Â
|
PELAKSANAAN SISTEM BIOMETRIK DI UNIT PENDAFTARAN
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PAHANG DAN PEJABAT-PEJABAT DAERAH DAN TANAH DI SELURUH NEGERI PAHANG
Â
Pelaksanaan Sistem Biometrik di PTG dan PDT Negeri Pahang akan  dilaksanakan secara berperingkat mulai Mac 2010. PDT Temerloh telah mula melaksanakannya dan ia merupakan perintis utk projek aplikasi biometrik di Negeri Pahang.
Â
Sistem ini bertujuan untuk mengatasi masalah ketulenan pemegang MyKad dan seterusnya membantu mengurangkan kes penipuan dalam urusniaga tanah yang melibatkan pemalsuan MyKad.
Â
Urusan-urusan yang terlibat ialah :
(i) Pengurusan Dokumen PMT
(ii) Kawalan Capaian SPTB
(iii) Siasatan Hakmilik Hilang
|
|
Sila rujuk Lampiran untuk keterangan seterusnya.
|
 |
|
Last Updated on Wednesday, 11 August 2010 12:12 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
|
Page 1 of 2 |