Hits: 267

KUANTAN , 20 Februari 2020 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019, Anugerah Khas Prestasi Cemerlang 2019 dan Persaraan bagi tahun 2020 telah diadakan di Villea Hotel Rompin bermula jam 8.00 malam. Majlis ini disempurnakan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang (mantan Pengarah Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang)

Seramai 14 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019, 20 orang penerima Anugerah Khas Prestasi Cemerlang, 3 orang pesara dan 17 orang yang bertukar pada tahun 2019 diraikan. TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH, SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT BERSARA KEPADA PESARA-PESARA.