Bangunan PTG,
Bandar Indera Mahkota,25990 Kuantan, Pahang

Hits: 310

KUANTAN, 15 OKTOBER 2018 - Pendedahan kepada keselamatan dan kesihatan didapan sesebuah organisasi tersangatlah penting di setiap sektor. Sehubungan dengan itu, PTG Pahang telah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang . Jawatankuasa ini telah mengadakan Latihan Kebakaran Pengusian Bangunan pada 15 Oktober 2018.

Latihan tersebut diadakan pada jam 9.45 pagi setelah loceng kebakaran dibunyikan dan bangunan PTG Pahang telah dikosongkan. Semua pegawai dan kakitangan telah berkumpul di tempat letak kereta dihadapan Bangunan PTG Pahang. Demonstrasi menyelamat mangsa kebakaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diadakan dan semua warga PTG Pahang telah diberi Taklimat Keselamatan oleh Jabatan Bomba dna Penyelamat di Bilik Mesyuarat Berlian.

Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada warga PTG Pahang tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana didalam bangunan pejabat PTG Pahang.  Di samping itu, latihan ini juga bertujuan untuk memastikan Pasukan Keselamatan Kebakaran dan Ketua/Penolong Ketua Tingkat dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pasukan petindak cepat dalam membantu warga PTG Pahang mengosongkan bangunan.