Bangunan PTG,
Bandar Indera Mahkota,25990 Kuantan, Pahang

Hits: 382

RAUB, 14 NOVEMBER 2018 - Mesyuarat dan Sesi Simulasi Audit Pengurusan Tanah Pahang 2018 diadakan di PDT Raub yang dianjurkan oleh  unit KKA PTG Pahang. Sesi ini diadakan bagi melatih dan menambah kemahiran auditor-auditor dengan kriteria-kriteria baru Audit Pengurusan Tanah yang telah diselaraskan dengan keperluan SSR Pentadbiran Tanah oleh pihak JKPTG.

Antara objektif pihak PTG Pahang mengadakan audit ke atas Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negeri Pahang adalah sebagai persediaan awal untuk menghadapi Audit SSR nanti. Terima kasih diucapkan kepada auditor-auditor yang terlibat kerana sangat komited serta sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pentadbiran tanah.