Bangunan PTG,
Bandar Indera Mahkota,25990 Kuantan, Pahang

Hits: 287

TANJUNG MALIM, 11 MAC 2019 - Kursus Pelucuthakan Tanah telah diadakan di Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Kursus ini diadakan selama 3 hari bermula 06 hingga 08 Mac 2019.

Kursus telah dihadiri oleh Pegawai dan Kakitangan Unit Hasil, Pejabat Daerah dan Tanah dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang pelaksanaan dan prosedur-prosedur bagi pengeluaran Notis 6A dan Notis 8A serta penguatkuasaan dan strategi-strategi baru kutipan tunggakan cukai tanah.