Bangunan PTG,
Bandar Indera Mahkota,25990 Kuantan, Pahang

Hits: 61

TAKLIMAT PELAKSANAAN SEMAKAN CUKAI TANAH TAHUN 2020

KUANTAN , 18 FEBRUARI 2020 - Taklimat Pelaksanaan Semakan Cukai Tanah Tahun 2020 kepada Petugas Kaunter Unit Hasil, Pejabat Tanah di Negeri Pahang telah diadakan pada 15 Februari 2020 (Sabtu) di De Rhu Beach Resort, Sungai Karang, Kuantan. Taklimat yang diberikan ini adalah bagi memberikan pemahaman yang lebih terperinci kepada petugas kaunter unit hasil mengenai semakan cukai tanah tahun 2020 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Selain itu, ia adalah bagi menerangkan mengenai keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri mengenai semakan cukai tanah tahun 2020. Taklimat disampaikan oleh Encik Azora@Ahmad bin Shamsudin, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Pahang (Pembangunan)

 

 

2.  MAJLIS PERJUMPAAN YH. DATO' PENGARAH TANAH DAN GALIAN PAHANG BERSAMA PEGAWAI

     DAN KAKITANGAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN PAHANG

KUANTAN , 17 FEBRUARI 2020 - Perjumpaan bersama Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang telah diadakan pada 14 Februari 2020 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Berlian, jam 11.00 pagi.  Perjumpaan pertama pengarah bersama pegawai dan kakitangan setelah dilantik sebagai Pengarah Tanah Dan Galian Pahang pada 3 Februari 2020.