Hits: 575

KUNJUNG HORMAT

Sesi Kunjungan Hormat dan Perbincangan di antara Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBhg. Dato' Azhar bin Abdul Manaf dengan YH. Dato' PTG Pahang telah diadakan pada 2 Jun 2020 (Selasa), jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Intan, Pejabat PTG Pahang. Sesi pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, YBhg. Dato' Mohamed Roseli bin Dol dan Pengarah MARA Negeri Pahang, YM. Raja Sarimah binti Raja Jamaluddin. Pihak Pejabat PTG yang hadir sama di dalam sesi tersebut adalah Timbalan PTG (Pembangunan), En. Azora@ Ahmad bin Shamsudin dan Ketua Unit Hasil, En. Shamsul Arifie bin Shamsul Baharin. Sesi tersebut telah menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak dan meneliti isu-isu bagi tanah-tanah di bawah pihak MARA di Negeri Pahang. Sesi tersebut telah berakhir dengan sesi pertukaran cenderahati tanda kenangan.

    

 

Sesi Kunjungan Hormat dan Perbincangan di antara pihak YAM. Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah yang diwakili oleh YAM. Tengku Arif Muda Tengku Abu Bakar Ahmad bin Tengku Bendahara Tengku Abdullah serta ahli rombongan dengan YH. Dato' PTG Pahang. Ia turut dihadiri oleh Ketua Unit Pendaftaran, En. Mohd Zukri bin Sidek; Ketua Unit Pelupusan, Pn. Shanti Akmardini binti Shaharani dan Ketua Unit Mineral, En. Jamaran bin Monduhajah. Sesi tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Intan, Pejabat PTG Pahang dengan mencapai kata sepakat dalam membincangkan permohonan dan isu-isu berkaitan telah diadakan pada 16 Jun 2020 (Selasa), jam 11.00 pagi.