Bangunan PTG Indera Mahkota,
25990 Kuantan

+6 (09) 571 2600
ptgphg@pahang.gov.my

Hits: 111

KUANTAN, 2 OGOS 2018 – Menteri Besar Pahang mengumumkan penurunan kuasa pihak berkuasa negeri (PBN) kepada Pentadbir Tanah dan Pendaftar Daerah bagi mendapatkan kelulusan pindah milik, gadaian dan pajakan tanah rakyat negeri ini, berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat PBN bagi memendekkan masa serta memudahkan urusan berkaitan kelulusan perkara tersebut.