Bangunan PTG,
Bandar Indera Mahkota,25990 Kuantan, Pahang

Hits: 1904

 SINAR HARIAN ONLINE - 30 SEPTEMBER 2020

MY METRO - 30 SEPTEMBER 2020

Kesan 12 kes melombong emas haram

Kawasan bekas tapak lombong emas haram di Hutan Simpan Ibam yabg dikesan pada Operasi Degil, Januari lalu. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Seksyen Penguatkuasaan Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesan 12 kes melombong emas secara haram dalam hutan simpan negeri ini, dalam tempoh 10 bulan tahun ini.

Kejayaan berkenaan hasil operasi bersama Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad, berkata kegiatan berskala kecil dan sederhana itu dilakukan sindiket berpengalaman membabitkan individu tempatan dan luar Pahang.

Beliau berkata, sindiket terbabit turut menggunakan warga asing untuk melakukan kegiatan berkenaan di samping kaedah palong dan kuali digunakan mampu mengaut pendapatan lumayan hasil jualan emas tulin.

"Kegiatan melombong secara haram di dalam hutan simpan bukan sahaja menyebabkan pencemaran sumber air, tetapi menyebabkan berlaku hakisan dan kemusnahan hutan tanpa kawalan.

"Empat daerah kini menjadi tumpuan sindiket melombong emas secara haram membabitkan Hutan Simpan Tersang, Raub; Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis; Hutan Simpan Ibam, Rompin dan Hutan Simpan Chini, Pekan dengan lokasi kegiatan lebih tertumpu berhampiran anak sungai.

"Difahamkan terdapat sindiket terbabit menggunakan kemudahan moden untuk mengesan kedudukan kawasan jajaran emas menyebabkan mereka mengeluarkan modal besar unuk menyediakan kelengkapan seperti palong, jentera dan enjin pam air," katanya dihubungi.

Beliau berkata, lima kes melombong secara haram berjaya dikesan tahun ini berlaku di Lipis, diikuti empat kes di Raub, dua di Rompin dan satu di Pekan.

Menurutnya, dalam kes terbaharu berlaku di Hutan Simpan Ulu Jelai, bulan lalu, tiga individu ditahan bersama emas siap diproses.

Katanya, mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.