Assalamualaikum w. b. t. dan salam sejahtera.
Selamat datang ke Portal Rasmi PTG Pahang.
Perkembangan terkini dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang
yang luas bagi meningkatkan kualiti dan penyebaran maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan
oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang, yang berperanan menerajui pentadbiran tanah
di Negeri Pahang. Adalah diharapkan portal ini dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat yang
boleh dilayari tanpa had dan sempadan.
Portal ini diwujudkan antara lain adalah sebagai rujukan dan memberi ruang kepada pengunjung untuk
mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat mengikut keperluan semasa berkenaan prosedur urusan
tanah, cukai tanah, permohonan hak milik strata dan sebagainya, di samping menjimatkan masa dan
memudahkan masyarakat membuat rujukan berkaitan pelbagai urusan tanah secara atas talian.
Pentadbiran Tanah Negeri Pahang sentiasa menuju pembaharuan dan peningkatan kecekapan, di antaranya
adalah dengan menyediakan pembayaran cukai atas talian melalui Financial Process Exchange (FPX).
Pada tahun 2019 sebanyak 3.89% pemilik membayar hasil secara atas talian (26,492 daripada
681,654 pemilik). Di antara kejayaan Pejabat PTG pada tahun 2019 juga adalah pencapaian 100% bagi
Pendaftaran Pindahmilik Tanah dalam tempoh Satu Hari, menjalankan pengauditan Sistem Penarafan
Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah bagi 11 daerah dan mencapai 100% bagi penggunaan HRMIS.
Pejabat PTG Pahang juga kini di dalam proses ke arah pensijilan MS ISO 9001:2015 dan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Saya juga mengalu-alukan cadangan dan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi kandungan
portal ini. Akhir kata, semoga Portal Rasmi Pejabat PTG Pahang ini akan terus memberi manfaat dan
memenuhi keperluan semua pihak pada masa ini dan akan datang.
Sekian terima kasih.
Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh, DSAP., DIMP., SMP., AAP.
Pengarah Tanah dan Galian Pahang