Bangunan PTG Indera Mahkota,
25990 Kuantan

+6 (09) 571 2600
ptgphg@pahang.gov.my

Hits: 61

UNIT PELUPUSAN

Soalan: Berapakah bayaran bagi proses rayuan untuk mengurangkan bayaran premium tanah Notis 5A?
Jawapan: Bayaran proses untuk mengurangkan bayaran premium tanah Notis 5A adalah mengikut amaun hasil :
a) tidak melebihi RM1,000.00 – RM 50.00
b) melebihi RM1,000.00 tetapi tidak melebihi RM10,000 – RM 100.00
c) melebihi RM10,000.00 – RM 500.00

Soalan: Berapa lamakah tempoh yang diberikan untuk melanjutkan Notis 5A di bawah kuasa Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG)?
Jawapan: Mengikut kaedah Tanah Pahang Perkara 7(4) tempoh yang diberikan untuk Pentadbir Tanah dan Daerah melanjutkan tempoh Notis 5A ialah tidak melebihi 6 bulan, manakala di peringkat Pengarah Tanah dan Galian adalah tidak melebihi 9 bulan.

Soalan: Siapakah yang meluluskan permohonan membaharui Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
Jawapan: Berdasarkan Seksyen 67(3) KTN permohonan membaharui Lesen Pendudukan Sementara (LPS) si semua daerah kecuali daerah Cameron Highlands untuk kali kedua hingga keempat adalah diluluskan oleh Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan pembaharuan seterusnya adalah tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Soalan: Mengapa permohonan Lesen Pendudukan Sementara untuk kegunaan kediaman / Bangunan di Cameron Highland perlu mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)?
Jawapan: Bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara untuk kegunaan di Daerah Cameron Highlands, permohonan perlu diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kelulusan selaras dengan Arahan Pentadbiran Tanah Negeri (APTN) Bil. 5/1998.

Soalan: Apakah kelayakan untuk membolehkan saya memohon pemberimilikan tanah kosong kerajaan?
Jawapan: Warganegara Malaysia yang telah mencapai umur dewasa (menurut Akta Umur Dewasa 1971) – seksyen 43(a) KTN.

Soalan: Bagaimana caranya untuk saya memohon pemberimilikan tanah kosong kerajaan?
Jawapan: Sebelum tuan mengemukakan permohonan, pihak tuan perlu mengenalpasti tanah yang ingin dipohon dan membuat tekapan pelan di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan. Bayaran akan dikenakan mengikut pelan yang dikehendaki.
Setelah itu, tuan perlu mendapatkan Borang 1 (Permohonan Tanah Kerajaan) di Pejabat Tanah dan Daerah. Setelah semua maklumat yang dikehendaki di dalam Borang 1 telah dilengkapkan, tuan boleh mengemukakan borang tersebut ke Pejabat Tanah yang berkenaan bersama-sama tekapan pelan dan menjelaskan bayaran fee berkaitan.
Surat makluman penerimaan tuan akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah berkenaan dan disertakan dengan nombor rujukan fail. Tuan perlu menggunakan nombor rujukan ini setiap kali berurusan dengan Pejabat Tanah berkenaan.
Tuan boleh berhubung dengan Pejabat Tanah dan Daerah berkenaan untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.

Soalan: Apakah bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan setelah permohonan pemberimilikan tanah saya diluluskan?
Jawapan: i) Cukai tanah tahun pertama;
              ii) premium (jika dikenakan);
              iii) bayaran ukur jika pengukuran akan dijalankan oleh Pegawai Ukur Kerajaan; dan
              iv) bayaran penyediaan dan pendaftaran hakmilik sementara dan hakmilik tetap.