Bangunan PTG,
Bandar Indera Mahkota,25990 Kuantan, Pahang

Hits: 618

MAKLUMAN REMISYEN KE ATAS FI PENDAFTARAN HAK MILIK TANAH DI BAWAH KAEDAH 57 KAEDAH-KAEDAH TANAH PAHANG (KTP) 1992

(a)        Jadual bayaran seperti Jadual di bawah.

(b)        Suratcara Pindah Milik (Borang 14A) dan Perintah Jual (Lelong) yang dimatikan setem duti sebelum atau pada 31 Januari 2021, akan dikenakan pada kadar lama mengikut Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (KTP) 1992 (Pindaan) 2015 dan pembayaran balik akan dibuat kepada pemilik tanah untuk lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dibuat.

 (c)       Pembayaran balik akan dibuat kepada pemilik tanah bagi lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dikenakan mengikut Kaedah 57 item no.(38) dan (47) KTP 1992 (Pindaan) 2020.                                                                                                        

(d)        Fi pendaftaran  pindah milik tanah kepada pembeli rumah pertama dikenakan pada kadar RM100.00 sahaja.

(e)        Pelaksanaan Kaedah 57 item no.(38) KTP 1992 (Pindaan) 2020 kepada pembeli Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang (PR1MA), Rumah Makmur Negeri Pahang atau mana-mana projek perumahan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang diberikan moratorium sehingga 31 Disember 2021.

(f)        fi pendaftaran pindah milik tanah (pemberian kasih sayang) daripada ibu dan/ atau bapa kepada anak atau sebaliknya, suami kepada isteri atau sebaliknya dan di antara adik beradik kandung dikenakan pada kadar RM100.00 sahaja.

*Panduan: Jadual Bayaran Pendaftaran Pindahmilik

Fi

RM 50,000 dan ke bawah Melebihi RM 50,000 - RM 100,000

RM 100

Melebihi RM 50,000 - RM 100,000

RM 125

Melebihi RM 100,000 - RM 150,000

RM 500

Melebihi RM 150,000 - RM 250,000

RM 750

Melebihi RM 250,000 - RM 300,000

RM 1,000

Melebihi RM 300,000 - RM 400,000

RM 1,200

Melebihi RM 400,000 - RM 600,000

RM 2,500

Melebihi RM 600,000 - RM 750,000

RM 3,000

Melebihi RM 750,000 - RM 1,000,000

RM 3,500

Melebihi RM 1,000,000 - RM 1,500,000

RM 4,000

Melebihi RM 1,500,000 - RM 2,000,000

RM 4,500

Melebihi RM 2,000,000 - RM 2,500,000

RM 5,000

Melebihi RM 2,500,000 - RM 3,000,000

RM 5,500

Melebihi RM 3,000 ,000 ke atas

RM 6,000