Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Pahang

Switch to desktop

Soalan Lazim Unit Mineral

Soalan 1
Bagaimana saya ingin mengetahui pelombong mempunyai lesen melombong yang masih aktif?
Jawapan:
Mendapatkan maklumat melalui dokumen "carian rasmi" Lesen Melombong yang dimaksudkan, di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.

Soalan 2
Bagaimanakah saya mahu memeriksa nama-nama syarikat yang menjalankan perlombongan bijih timah?
Jawapan:
Merujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang yang menyimpan rekod-rekod perlombongan dan melalui maklumat di internet.

Soalan 3
Bagaimanakah saya mahu memohon lesen untuk membawa bijih timah?
Jawapan:
Mengemukakan permohonan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang beserta dokumen. (Borang permohonan yang lengkap Borang KT: 1 Pindaan 1)


Soalan 4
Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi melakukan operasi kuari atau dengan lebih tepat pembukaan sesuatu kuari.
Jawapan:
Mengemukakan permohonan kelulusan Operasi Pengkuarian kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang :-
i) Lesen Pendudukan Tapak Kuari Yang Sah
ii) Sijil Pendaftaran Perniagaan
iii) Skim Melombong yang disediakan oleh Jurutera Perunding
iv) Surat Kelulusan EIA (sekiranya perlu)