Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Pahang

Switch to desktop

Artikel

Soalan Lazim Unit Kuatkuasa

1. Salam tuan, bagaimanakah cara untuk membuat aduan mengenai pencerobohan Tanah Kerajaan/ Pengeluaran Bahan Batuan atau Mineral secara tidak sah?

Jawapan:

Pihak Tuan boleh menghubungi Unit Kuatkuasa PTG melalui surat, telefon atau emel. Sila nyatakan aduan Tuan, lokasi yang spesifik dan nombor telefon untuk dihubungi. Aduan juga boleh dibuat kepada Unit Penguatkuasaan, Pejabat Tanah Daerah di daerah Tuan.

2. Bagaimanakah cara untuk mengetahui kerja-kerja pengeluaran bahan-batuan atau mineral di sesuatu lokasi adalah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN)?

Jawapan:

Lokasi kelulusan pengeluaran bahan batuan dan mineral diwajibkan meletakkan papan tanda yang memaparkan nama syarikat / individu, no. permit / kelulusan, tempoh dan lain-lain. Sekiranya tiada papan tanda, pihak tuan bolehlah menyemak status lokasi dengan Unit Penguatkuasaan, Pejabat Tanah Daerah atau membuat aduan rasmi di Pejabat Tanah Daerah.

3. Adakah menjadi satu kesalahan sekiranya saya mengusahakan Tanah Kerajaan yang sedang saya pohon tetapi masih tiada keputusan / kelulusan?

Jawapan:

Tanah yang sedang dipohon tetapi masih tiada keputusan / kelulusan adalah masih berstatus Tanah Kerajaan. Adalah menjadi satu kesalahan bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 dan jika disabitkan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi satu tahun.

4. Apakah kesalahan-kesalahan biasa yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Enakmen Mineral 2001 serta hukumannya?

Jawapan:

Antara kesalahan-kesalahan biasa yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Enakmen Mineral 2001 serta hukumannya adalah seperti berikut:

i) Kesalahan Kanun Tanah Negara 1965

Bil

Kesalahan KTN 1965

Seksyen

Hukuman

1.

Pendudukan secara tidak sah, dll, Tanah Kerajaan, tanah Rizab atau tanah perlombongan.

425 KTN

Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun.

2.

Pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tidak sah.

426 KTN

Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.

3.

Tanggungan untuk pelucuthakan kerana pelanggaran syarat.

127 – 129 KTN

Mengikut seksyen berkenaan.

ii) Kesalahan Enakmen Mineral 2001

Bil

Kesalahan EM 2001

Seksyen

Hukuman

1.

Mineral yang diperolehi secara menyalahi undang-undang.

153 EM

Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya.

2.

Penalti kerana memfosik tanpa lesen.

154 EM

Denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.

3.

Penjualan mineral yang diperolehi di bawah lesen memfosik secara menyalahi undang-undang.

155 EM

Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

4.

Penalti kerana mendulang tanpa lesen.

156 EM

Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

5.

Penalti kerana menjalankan penjelajahan tanpa lesen.

157 EM

Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya.

6.

Penalti kerana melombong tanpa lesen atau pajakan.

158 EM

Denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya

Telah Dikemaskini pada Rabu, 12 Februari 2014 10:38

Hit: 4667

Soalan Lazim Unit Pelupusan

Soalan: Berapakah bayaran bagi proses rayuan untuk mengurangkan bayaran premium tanah Notis 5A?

Jawapan: Bayaran proses untuk mengurangkan bayaran premium tanah Notis 5A adalah mengikut amaun hasil :

                a) tidak melebihi RM1,000.00                                        - RM 50.00

                b) melebihi RM1,000.00 tetapi tidak melebihi RM10,000   - RM 100.00

                c) melebihi RM10,000.00                                              - RM 500.00

 

Soalan: Berapa lamakah tempoh yang diberikan untuk melanjutkan Notis 5A di bawah kuasa Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG)?

Jawapan: Mengikut kaedah Tanah Pahang Perkara 7(4) tempoh yang diberikan untuk Pentadbir Tanah dan Daerah melanjutkan tempoh Notis 5A ialah tidak melebihi 6 bulan, manakala di peringkat Pengarah Tanah dan Galian adalah tidak melebihi 9 bulan.


Soalan: Siapakah yang meluluskan permohonan membaharui Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?

Jawapan: Berdasarkan Seksyen 67(3) KTN permohonan membaharui Lesen Pendudukan Sementara (LPS) si semua daerah kecuali daerah Cameron Highlands untuk kali kedua hingga keempat adalah diluluskan oleh Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan pembaharuan seterusnya adalah tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).


Soalan: Mengapa permohonan Lesen Pendudukan Sementara untuk kegunaan kediaman / Bangunan di Cameron Highland perlu mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)?

Jawapan: Bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara untuk kegunaan di Daerah Cameron Highlands, permohonan perlu diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kelulusan selaras dengan Arahan Pentadbiran Tanah Negeri (APTN) Bil. 5/1998.

 

Soalan: Apakah kelayakan untuk membolehkan saya memohon pemberimilikan tanah kosong kerajaan?

Jawapan: Warganegara Malaysia yang telah mencapai umur dewasa (menurut Akta Umur Dewasa 1971) - seksyen 43(a) KTN.

 

Soalan: Bagaimana caranya untuk saya memohon pemberimilikan tanah kosong kerajaan?

Jawapan: Sebelum tuan mengemukakan permohonan, pihak tuan perlu mengenalpasti tanah yang ingin dipohon dan membuat tekapan pelan di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan. Bayaran akan dikenakan mengikut pelan yang dikehendaki.

Setelah itu, tuan perlu mendapatkan Borang 1 (Permohonan Tanah Kerajaan) di Pejabat Tanah dan Daerah. Setelah semua maklumat yang dikehendaki di dalam Borang 1 telah dilengkapkan, tuan boleh mengemukakan borang tersebut ke Pejabat Tanah yang berkenaan bersama-sama tekapan pelan dan menjelaskan bayaran fee berkaitan.

Surat makluman penerimaan tuan akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah berkenaan dan disertakan dengan nombor rujukan fail. Tuan perlu menggunakan nombor rujukan ini setiap kali berurusan dengan Pejabat Tanah berkenaan.

Tuan boleh berhubung dengan Pejabat Tanah dan Daerah berkenaan untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.

 

Soalan: Apakah bayarn-bayaran yang perlu dijelaskan setelah permohonan pemberimilikan tanah saya diluluskan?

Jawapan: i. Cukai tanah tahun pertama;

                ii. premium (jika dikenakan);

                iii. bayaran ukur jika pengukuran akan dijalankan oleh Pegawai Ukur Kerajaan; dan

                iv. bayaran penyediaan dan pendaftaran hakmilik sementara dan hakmilik tetap.

Telah Dikemaskini pada Jumaat, 23 Disember 2011 08:33

Hit: 6251

Soalan Lazim Unit Hasil

Soalan 1
Mengapa bil cukai tanah tidak dihantar kepada pemilik tanah?
Jawapan:
1) Penghantaran bil cukai tanah hanya dilakukan oleh sesetengah Pejabat Tanah Daerah sahaja, memandangkan jumlahhakmilik bagi sebahagian daerah adalah terlalu banyak.
2) Alamat yang terdapat pada bil cukai tidak lengkap, pemilik telah berpindah, nama pemilik sebelumnya masih tercatat dalam bil cukai adalah antara sebab mengapa cukai tanah tidak dihantar kepada pemilik.

Soalan 2
Mengapa nama pemilik yang dipaparkan pada bil cukai tidak sama seperti di dalam geran?
Jawapan:
Bagi permasalahan ini. pemilik tanah perlu memaklumkan sendiri kepada kakitangan pejabat tanah dan membawa maklumat yang berkenaan. Penukaran akan dibuat dengan kadar segera.

Soalan 3
Mengapa apabila saya ingin membuat pembayaran secara dalam talian, satu tetingkap akan keluarmengatakan hakmilik tanah saya tidak wujud?
Jawapan:
Pemilik tanah boleh membuat panggilan ke Pejabat Tanah samada daerah atau PTG untuk mendapatkan No Hakmilik Tanah yang baru berserta mukim, no hakmilik tanah tuan berkemungkinan telah bertukar kepada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal.

Soalan 4
Bolehkah bil cukai tanah dibayar dengan menggunakan kad kredit?
Jawapan:
Buat masa ini, pihak kami masih tidak dapat menerima pembayaran melalui kad kredit, peningkatan akan dilakukan dari masa ke semasa.

Soalan 5
Mengapa cukai tanah saya naik?
Jawapan:
Ia berkemungkinan kerana Hakmilik Tanah tuan telah bertukar kepada hakmilik kekal (QTFT) atau mungkin pemilik tanah pernah melakukan penukaran syarat penggunaan tanah tersebut.

Telah Dikemaskini pada Selasa, 13 Disember 2011 23:55

Hit: 6700

Soalan Lazim Unit Strata

Soalan 1 : Apa itu hak milik strata?

Jawapan :

Merupakan hak milik yang dikeluarkan kepada setiap unit/petak yang telah dijual bagi:

  1. pembangunan hartanah yang berbilang tingkat (cth: kondominium, apartment, rumah pangsa, kompleks perniagaan, town house dan sebagainya); dan
  2. pembangunan hartanah yang mempunyai kawasan persendirian (cth : skim komuniti berpagar (GACOS))

Soalan 2 : Apa itu harta bersama?

Jawapan :

Harta bersama merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contoh :

  1. Pondok pengawal keselamatan
  2. Tangki utama
  3. Bumbung bangunan
  4. Taman permainan
  5. Lanskap
  6. Lif
  7. Tangga
  8. Kolam renang
  9. Tempat letak kereta awam; dan sebagainya
  10. Bangunan dan harta bersama ini perlu diselenggara dan diurus dengan sempurna oleh Perbadanan Pengurusan (Akta Hak Milik Strata 1985).

Soalan 3 : Bilakah permohonan untuk hakmilik strata perlu dipohon?

Jawapan :

Tuan tanah diwajibkan membuat permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan. Jika beliau telah menjual mana-mana petak dalam bangunan berbilang tingkat yang telah didirikan, tempoh yang dimaksudkan adalah 6 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli pertama atau 6 bulan dai tarikh  Sijil Layak Menduduki (C.F.), mengikut mana-mana yang terakhir.

Perhatian : Jika tuan tanah tidak menjual mana-mana petak, permohonan hakmilik strata adalah tidak diwajibkan.

 

Soalan 4 : Apakah yang dimaksudkan dengan petak?

Jawapan :

Petak di dalam skrin strata, bermaksud unit di dalam satu bangunan yang mana hakmilik strata didaftarkan.

 

Soalan 5 : Apakah yang dimaksudkan dengan petak aksesori?

Jawapan :

Petak aksesori merupakan petak-petak lain di dalam satu skim strata yang digunakan secara eksklusif oleh satu petak yang mana hakmilik strata itu didaftarkan. Contohnya ialah tempat letak kereta yang digunakan oleh pemilik petak tertentu sahaja.

 

Soalan 6 : Bolehkah petak aksesori dijual berasingan?

Jawapan :

Petak aksesori tidak boleh dijual berasingan atau pun didaftarkan secara berasingan sebagai datu hakmilik strata. Walaubagaimanapun pengubahsuaian boleh dibuat didalam keadaan-keadaan berikut :-

  1. bagi permohonan yang belum mengemukakan permohonan hakmilik strata:
    • iaitu membuat tambahan / ubahsuai (renovation) ke atas petak yang telah siap dibina boleh dipertimbangkan untuk kelulusan menurut seksyen-seksyen yang berkaitan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
  2. bagi permohonan yang telah mendapat hakmilik:
    • iaitu tiada apa-apa tambahan / ubahsuai boleh dibuat ke atas mana-mana bangunan yang telah dikeluarkan / didaftar hakmilik strata dibawah Akta Hakmilik Strata 1985;
  3. bagi permohonan yang belum mendapat hakmilik strata tetapi permohonan memecah bahagi bangunan dbawah Seksyen 10 Akta Hakmilik Strata 1985 telah dikemukakan dan hanya menunggu proses kelulusan:
    • iaitu permohonan bloleh dipertimbangkan untuk kelulusan tetapi dengan syarat  permohonan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Unit Strata Pejabat Tanah dan Galian Pahang dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
      1. salinan dokumen hakmilik tanah
      2. surat kebenaran daripada pemaju membenarkan pengubahsuaian dilakukan
      3. salinan sijil layak menduduki bangunan

        Sebelum dipanjangkan kepada Pengarah Ukur untuk tindakan pengubahsuaian pelan-pelan strata yang terlibat.


Soalan 7 : Apakah yang dimaksudkan dengan unit syer?

Jawapan :

Unit syer merupakan jumlah syer bagi tiap-tiap petak semasa pecah bahagian bangunan dibuat dan didapati oleh PTG sebagai saksama (equitable) apabila beliau meluluskan pecah bahagian bangunan tersebut.

 

Soalan 8 : Apakah hak pemilik sebagai pemilik petak?

Jawapan :

  1. Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik berhubung dengan petaknya untuk tujuan urusniaga / bukan urusniaga sebagai pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pesaka dan sebagainya;
  2. hak mendapat sokongan, perkhidmatan dan perlindungan bagi petaknya;
  3. hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan dan di Mesyuarat Agung Luar Biasa;
  4. hak ke atas Harta Bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan kepada petaknya.
  5. hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan lain-lain lagi.
  6. hak untuk meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan.
  7. Hak ke atas keuntungan dari hasil jualan tanah sekiranya pecah bahagian bangunan ditamatkan dan tanah dijual.

 

Soalan 9 : Apakah larangan terhadap pemilik petak?

Jawapan :

Seseorang pemilik petak dilarang:

  1. Menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang yang boleh merosakkan nama baik bangunan itu.
  2. Menggunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau yang busuk.
  3. Membuang sampah atau menjatuhkan apa-apa kotoran sampah.
  4. Memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan kemarahan pemilik petak lain.

 

Soalan 10 : Apakah tanggungjawab utama pemilik petak?

Jawapan :

Setiap pemilik petak bertanggungjawab untuk :-

  1. bayar caruman kepada Kumpulan Wang Pengurusan ('Management Fund');
  2. mematuhi undang-undang kecil ('bylaws') yang terkandung dalam Jadual Ketiga, Akta Hak Milik Strata dan undang-undang kecil tambahan yang diluluskan oleh Perbadanan Pengurusan;
  3. menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa yang dipanggil oleh Perbadanan Pengurusan; dan
  4. mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang dimiliki.

 

Soalan 11 : Apakah tindakan yang boleh diambil ke ayas pemilik petak sekiranya enggan membayar caruman kumpulan wang pengurusan?

Jawapan :

Sekiranya pemilik petak enggan membayar caruman kumpulan wang pengurusan, petak tersebut boleh disita dan dibuat penahanan alih harta. dan sekiranya anda seorang penyewa, anda boleh menolak bayaran dan berhutang daripada sewa yang harus dibayar kepada pemilik.

 

Soalan 12 : Apakah itu Kumpulan Wang Pengurusan (Management Fund)?

Jawapan :

Kumpulan Wang Pengurusan ini diuruskan oleh perbadanan pengurusan dan semua bayaran dibuat kepadanya. Ia termasuk yuran pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran dan lain-lain.

 

Soalan 13 : Adakah cukai pintu termasuk di dalam Kumpulan Wang Pengurusan?

Jawapan :

Cukai pintu tidak termasuk di dalam Kumpulan Wang Pengurusan. Cukai pintu adalah cukai taksiran yang dikenakan terus kepada pemilik-pemilik petak oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Contohnya Majlis Perbandaran Kuantan untuk Daerah Kuantan atau Majlis Daerah Pekan untuk Daerah Pekan. Ia adalah kemudahan yang dibekalkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti menjaga kebersihan, mengutip sampah, menyelenggara jalanraya dan sebagainya.

Telah Dikemaskini pada Selasa, 10 Januari 2012 11:37

Hit: 7358

Soalan Lazim Unit Pendaftaran

Soalan 1 : Bolehkah Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat?

Jawapan : Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat hitam atau bertaip. (Jadual 10 KTN).

 

Soalan 2 : Perlukah bahagian penyaksian disempurnakan sekiranya cop mohor diturunkan?

Jawapan : Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.

 

Soalan 3 : Bolehkan perubahan dibuat pada borang suratcara?

Jawapan : Perubahan boleh dibuat pada borang suratcara dengan syarat semua perubahan perlu ditandatangan ringkas (initial).

 

Soalan 4 : Bagi warganegara asing, perlukah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jawantankuasa Pelaburan Asing (FIC)?

Jawapan : Tidak, kebenarab daripada FIC tidak diperlukan.

 

Soalan 5 : Bagi Tanah Rizab melayu, bolehkah penyaksian dibuat oleh peguambela atau peguamcara?

Jawapan : Penyaksian bagi hakmilik rizab melayu hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir Tanah sahaja (Peranggan 3, Jadual ke 5 KTN)

 

Soalan 6 : Bolehkah PTG menerima perserahan yang tidak lengkap?

Jawapan : Tidak boleh, PTG hanya menerima perserahan yang lengkap sahaja mengikut senarai semak yang berkaitan.

 

 

Soalan 7 : Siapakah yang boleh atau layak untuk membuat permohonan memotong kaveat?

Jawapan : Hanya pemilik atau pihak berkepentingan yang berdaftar sahaja yang boleh membuat permohonan.

 

Soalan 8 : Bagaimanakah cara permohonan pemotongan kaveat dibuat?

Jawapan : Permohonan pemotongan kaveat boleh dipohon kepada Pentadbir Tanah melalui Seksyen 326 KTN (Borang 19H) atau melalui Perintah Mahkamah berdasarkan Seksyen 327 KTN.

 

Soalan 9 : Bolehkah urusniaga dilaksanakan sekiranya cukai tanah bagi tahun semasa belum dijelaskan?

Jawapan : Cukai tanah bagi tahun semasa perlu dijelaskan sebelum urusniaga boleh dilaksanakan (Seksyen 301A KTN).

 

Soalan 10 : Bolehkah segala urusan di Unit Pendaftaran dibayar dengan menggunakan cek?

Jawapan : Ya, bayaran boleh dibuat dengan menggunakn cek, bank deraf, wang pos dan wang tunai.

 

Soalan 11 : Bagaimanakah cara-cara untuk mengisi Borang 14A (Borang Pindahmilik)?

Jawapan : Setiap urusniaga dikehendaki menggunakan borang yang telah ditetapkan, disamping cara-cara pengisian tertentu. Setiap pengisian borang, peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Seksyen 43 dan Jadual KTN hendaklah dipatuhi. Suratcara yang telah siap diisi hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah atau orang berkaitan itu sendiri bagi kes-kes yang melibatkan syarikat dan perbadanan, suratcara hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah perlembagaan atau undang-undang perbadanan dan syarikat yang berkaitan untuk berbuat demikian.

Semua suratcara yang dilaksanakan oleh orang perseorangan hendaklah diakusaksikan (attested) oleh pegawai-pegawai yang tercatit di dalam Jadual Ke 5, KTN dan bagi kes syarikat dan perbadanan, sebagaimana yang diperuntukan di dalam undang-undang masing-masing.

Semua suratcara yang telah disempurnakan hendaklah distemkan secukupnya mengikut Akta Setem 1949 dan diserahkan ke Pejabat Tanah yang berkenaan untuk didaftarkan.

Selain daripada itu, dokumen-dokumen iringan perlu disertakan dan bayaran-bayaran yang tertentu perlu dijelaskan.

 

Soalan 12 : Apakah yang dimaksudkan dengan Kaveat Persendirian dan bagaimana cara-cara untuk mengisi Borang Kaveat Persendirian (Borang 19B)?

Jawapan : Maksud Kaveat ialah larangan terhadap urusniaga  (Retraint On Dealing) dan ia dimasukkan untuk menjaga kepentingan orang yang ada kepentingan terhadap tanah atau kepentingan itu.

Kaveat merupakan satu alat pengurusan yang mudah dan murah yang disediakan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) untuk melindungi kepentingan tertentu.

Permohonan Kaveat persendirian hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang 19B dan diisi lengkap dan diakusaksi dan menyatakan ciri-ciri tuntukan samada kaveat yang hendak dimasukkan itu mengikut tanah atau kepentingan Seksyen 323 (2). Bayaran sebagaimana yang ditetapkan dan surat Akuan Sumpah hendaklah disertakan bersama.

 

Soalan 13 : Apakah yang perlu dilakukan apabila hakmilik hilang?

Jawapan : Pihak yang  berkepentingan perlulah:

  • memastikan hakmilik (PTG/ Pejabat Tanah) yang betul;
  • memastikan pemilik berdaftar  bagi hakmilik;
  • jika pemilik berdaftar telah meninggal dunia waris boleh membuat permohonan dengan mengemukakan : Surat kuasa mentadbir (letter of Administration), geran Probat atau Perintah pembahagian harta pusaka (Borang E);
  • membuat surat akuan bersumpah;
  • menyediakan salinan sah kad pengenalan pemohon (individu) dan carian maklumat syarikat/perbadanan (syarikat/perbadanan);
  • menyediakan bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam Kaedah Tanah Pahang sebanyak RM100.00 bagi satu ahkmilik kekal (PN, GRN) dan RM90.00 bagi hakmilik sementara (HSD).

Telah Dikemaskini pada Isnin, 09 Januari 2012 11:46

Hit: 9346