Perutusan Pengarah

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu ingin saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada para pengunjung kerana melayari portal rasmi Pejabat Tanah dan Galian Pahang (PTG). Harapan saya agar penyiaran portal ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya sebagai wadah interaksi antara PTG dan orang ramai berhubung urusan pentadbiran tanah Negeri Pahang dalam memberi maklumat yang ringkas dan tepat di samping memudahkan urusan melalui perkhidmatan atas talian berkonsepkan informatif dan interaktif. Sebagai sebuah agensi yang berorentasikan pelanggan, penyediaan portal ini diharap dapat memberi ruang kepada orang ramai mendapatkan maklumat, fakta serta perkhidmatan yang disediakan dengan lebih mudah dan pantas.

Selaras dengan aspirasi Negara 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, pentadbiran tanah Negeri Pahang sentiasa mengorak langkah menuju pembaharuan mengikut arus perdana dari semasa ke semasa. Setelah dipersijilkan dengan MS ISO 9001:2008 pada 30 Disember 2008, PTG telah menyahut seruan Kerajaan dalam menambahbaik dan meningkatkan kecekapan Kerajaan melalui pengwujudan “Kaunter Ekspress’, Pendaftaran Pindahmilik Tanah Dalam Tempoh Satu Hari serta memperkasakan aktiviti kuatkuasa dengan mewujudkan “Zon Penguatkuasaan”. Pelaksanaan Business Process Reengineering (BPR) atau perekayasaan proses kerja juga diadaptasikan dari semasa ke semasa bagi meringkas dan mempercepatkan urusan kerja. Kini, pembayaran cukai tanah bukan sahaja boleh dibuat di PTG dan Pejabat Daerah dan Tanah, malahan bayaran boleh juga dibuat melalui bank-bank tempatan terlibat secara on-line.  Semua usaha ini dilakukan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik supaya dapat dirasai oleh orang ramai dalam bentuk yang lebih mudah, lebih cepat dan lebih mesra kepada pelanggan “to delight the customers”.

Bagi memantapkan portal ini sebagai sumber rujukan yang sentiasa relevan, ia sentiasa dikemaskini dengan informasi terkini, pekeliling-pekeliling pentadbiran tanah dan soalan-soalan lazim yang sering diutarakan.  Justeru itu, portal ini juga memberi peluang kepada para pelanggan kami untuk mengutarakan pandangan, cadangan, komen, maklumbalas serta membuat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pentadbiran tanah Negeri Pahang.

Akhir kata, selamat melayari portal rasmi Pejabat Tanah Dan Galian Pahang.

Sekian, terima kasih.

DATO’ NAZRI BIN ABU BAKAR
DSAP., DIMP., SMP.
PENGARAH TANAH DAN GALIAN PAHANG

Show Buttons
Hide Buttons
PlusMinusReload