Unit Hasil

Soalan Lazim Unit Hasil

Soalan 1
Mengapa bil cukai tanah tidak dihantar kepada pemilik tanah?
Jawapan:
1) Penghantaran bil cukai tanah hanya dilakukan oleh sesetengah Pejabat Tanah Daerah sahaja, memandangkan jumlahhakmilik bagi sebahagian daerah adalah terlalu banyak.
2) Alamat yang terdapat pada bil cukai tidak lengkap, pemilik telah berpindah, nama pemilik sebelumnya masih tercatat dalam bil cukai adalah antara sebab mengapa cukai tanah tidak dihantar kepada pemilik.

Soalan 2
Mengapa nama pemilik yang dipaparkan pada bil cukai tidak sama seperti di dalam geran?
Jawapan:
Bagi permasalahan ini. pemilik tanah perlu memaklumkan sendiri kepada kakitangan pejabat tanah dan membawa maklumat yang berkenaan. Penukaran akan dibuat dengan kadar segera.

Soalan 3
Mengapa apabila saya ingin membuat pembayaran secara dalam talian, satu tetingkap akan keluarmengatakan hakmilik tanah saya tidak wujud?
Jawapan:
Pemilik tanah boleh membuat panggilan ke Pejabat Tanah samada daerah atau PTG untuk mendapatkan No Hakmilik Tanah yang baru berserta mukim, no hakmilik tanah tuan berkemungkinan telah bertukar kepada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal.

Soalan 4
Bolehkah bil cukai tanah dibayar dengan menggunakan kad kredit?
Jawapan:
Buat masa ini, pihak kami masih tidak dapat menerima pembayaran melalui kad kredit, peningkatan akan dilakukan dari masa ke semasa.

Soalan 5
Mengapa cukai tanah saya naik?
Jawapan:
Ia berkemungkinan kerana Hakmilik Tanah tuan telah bertukar kepada hakmilik kekal (QTFT) atau mungkin pemilik tanah pernah melakukan penukaran syarat penggunaan tanah tersebut.

Show Buttons
Hide Buttons
PlusMinusReload