Unit Kuatkuasa

Soalan Lazim Unit Kuatkuasa

 

1. Salam tuan, bagaimanakah cara untuk membuat aduan mengenai pencerobohan Tanah Kerajaan/ Pengeluaran Bahan Batuan atau Mineral secara tidak sah?

Jawapan:

Pihak Tuan boleh menghubungi Unit Kuatkuasa PTG melalui surat, telefon atau emel. Sila nyatakan aduan Tuan, lokasi yang spesifik dan nombor telefon untuk dihubungi. Aduan juga boleh dibuat kepada Unit Penguatkuasaan, Pejabat Tanah Daerah di daerah Tuan.

2. Bagaimanakah cara untuk mengetahui kerja-kerja pengeluaran bahan-batuan atau mineral di sesuatu lokasi adalah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN)?

Jawapan:

Lokasi kelulusan pengeluaran bahan batuan dan mineral diwajibkan meletakkan papan tanda yang memaparkan nama syarikat / individu, no. permit / kelulusan, tempoh dan lain-lain. Sekiranya tiada papan tanda, pihak tuan bolehlah menyemak status lokasi dengan Unit Penguatkuasaan, Pejabat Tanah Daerah atau membuat aduan rasmi di Pejabat Tanah Daerah.

3. Adakah menjadi satu kesalahan sekiranya saya mengusahakan Tanah Kerajaan yang sedang saya pohon tetapi masih tiada keputusan / kelulusan?

Jawapan:

Tanah yang sedang dipohon tetapi masih tiada keputusan / kelulusan adalah masih berstatus Tanah Kerajaan. Adalah menjadi satu kesalahan bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 dan jika disabitkan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi satu tahun.

4. Apakah kesalahan-kesalahan biasa yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Enakmen Mineral 2001 serta hukumannya?

Jawapan:

Antara kesalahan-kesalahan biasa yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Enakmen Mineral 2001 serta hukumannya adalah seperti berikut:

i) Kesalahan Kanun Tanah Negara 1965

Bil

Kesalahan KTN 1965

Seksyen

Hukuman

1.

Pendudukan secara tidak sah, dll, Tanah Kerajaan, tanah Rizab atau tanah perlombongan.

425 KTN

Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun.

2.

Pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tidak sah.

426 KTN

Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.

3.

Tanggungan untuk pelucuthakan kerana pelanggaran syarat.

127 – 129 KTN

Mengikut seksyen berkenaan.

ii) Kesalahan Enakmen Mineral 2001

Bil

Kesalahan EM 2001

Seksyen

Hukuman

1.

Mineral yang diperolehi secara menyalahi undang-undang.

153 EM

Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya.

2.

Penalti kerana memfosik tanpa lesen.

154 EM

Denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.

3.

Penjualan mineral yang diperolehi di bawah lesen memfosik secara menyalahi undang-undang.

155 EM

Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

4.

Penalti kerana mendulang tanpa lesen.

156 EM

Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

5.

Penalti kerana menjalankan penjelajahan tanpa lesen.

157 EM

Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya.

6.

Penalti kerana melombong tanpa lesen atau pajakan.

158 EM

Denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya

Show Buttons
Hide Buttons
PlusMinusReload