Kerajaan Negeri Pahang telah menawarkan insentif Pengecualian Denda Lewat Cukai Tanah dan Cukai Petak Semasa bagi tahun 2024 kepada semua pemilik tanah/petak yang berkelayakan bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 November 2024. Insentif ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Majlis Perasmian Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024 di Lipis pada 1 Jun 2024 lalu.