Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Bentong Tahun 2023


29 September 2023, bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Bentong Tahun 2023 telah diadakan bersekali sambutan Maulidurrasul 1445 Hijrah. Acara pagi ini dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah ke Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Gema selawat di dewan mengiringi ketibaan peserta dan pengunjung memenuhi dewan dan seterusnya mendengar slot Forum Jejaki Sunnah Hidup Barakah. Tapak-tapak pameran dari agensi kerajaan dan swasta turut memenuhi dewan antaranya selain Kaunter Hasil PDT Bentong ialah JKPTG, JUPEM, JAIP, PlanMalaysia@Pahang, PERKESO, UNIPSAS, Biro Pengaduan Awam, Pahang Go, ECRL, Juruukur Mahbob dan lain-lain.

Mewakili YAB. Menteri Besar Pahang, YB. Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang telah merasmikan majlis pada pagi ini yang turut dihadiri oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin serta Pegawai Daerah Bentong, YH. Dato' Mohammad Shahid bin Ismail. YB. Tuan Fadzli menyeru agar lebih ramai lagi pemilik tanah menggunakan peluang ini untuk merebut insentif pengecualian denda lewat yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri supaya segera melunaskan bayaran cukai tanah atau tunggakan cukai tanah tanpa dikenakan denda lewat bagi mengelakkan sebarang implikasi kepada pemilikan tanah nanti.

Dalam majlis sama, YB. Tuan Fazli turut menerima cek replika bayaran dari empat syarikat iaitu:
1) Tropicana Inspirasi Sdn Bhd berjumlah RM1,375,578.00
2) RGF Land Sdn Bhd berjumlah RM36,212.00
3) Danau Unggul Sdn Bhd berjumlah RM308,929.00
4) Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang berjumlah RM65,805.00.
Seramai lima orang pembayar cukai terawal tahun 2023 telah menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan atas komitmen menjelaskan cukai tanah seawal Januari 2023.

Slot Bicara Tanah telah diisi dengan ceramah dari dari tiga orang penceramah dengan tajuk masing-masing seperti berikut:
1) Pengenalan Kepada Hak Milik Strata oleh Puan Ilmiyah binti Bakri dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pahang
2) Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Kanun Tanah Negara dan Enakmen Mineral Pahang oleh Encik Muhamad Faisal bin Mohd Zaini dari Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang.
3) Pengurusan Harta Pusaka oleh Encik Muhammad Khairul Asyraf bin Khairuddin dari Unit Pembangunan Pusaka Kecil Pahang.

Kutipan hasil tanah pada karnival ini mencatatkan jumlah sebanyak RM982,412.00 Tahniah kepada pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Bentong serta semua jabatan dan agensi yang menyumbangkan usaha dan tenaga bagi penganjuran karnival kali ini.


Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Karnival Tanah Bentong

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 551
  • Semalam 631
  • Minggu Ini 3215
  • Bulan Ini 12911
  • Jumlah Keseluruhan 21688505
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 16/07/24.