Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Laithan Penggunaan Sistem e-Strata Pahang


Latihan Penggunaan Sistem Pengkomputeran Hakmilik Strata Bagi Kutipan Cukai Petak Dan Blok Sementara Pembangunan Berstrata Di Negeri Pahang atau dikenali sebagai Sistem e-Strata Pahang telah dilaksanakan pada 19 hingga 20 Disember 2023 bertempat di Bilik Latihan Komputer, Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan. Sistem yang telah dibangunkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang ini berfungsi untuk melaksanakan proses pengeluaran hakmilik baharu, pengiraan cukai petak, serta pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga hakmilik strata melalui Jadual Kelima Akta Hak Milik Strata 1985.

Sistem ini akan digunakan oleh Unit Strata, Unit Hasil dan Unit Pendaftaran di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang dan di semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dalam negeri Pahang bermula 1 Januari 2024. Siri latihan pada kali ini mensasarkan pengguna bagi kumpulan peranan Pendaftaran dan Hasil dan latihan bagi kumpulan Pentadbiran Sistem akan diadakan dalam siri yang lain.

Latihan ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar dan fasilitator dari syarikat Cahaya Dimaju Sdn Bhd yang merupakan kontraktor dilantik sebagai pembangun sistem ini.

Latihan Sistem e-Strata

Latihan Sistem e-Strata

Latihan Sistem e-Strata

Latihan Sistem e-Strata

Latihan Sistem e-Strata

Latihan Sistem e-Strata

Latihan Sistem e-Strata

Latihan Sistem e-Strata

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 522
  • Semalam 631
  • Minggu Ini 3186
  • Bulan Ini 12882
  • Jumlah Keseluruhan 21688476
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 16/07/24.