Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Majlis Penutupan Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023


YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah hadir dan merasmikan Majlis Penutupan Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023 yang berlangsung meriah di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuala Lipis pada hari ini, 8 Oktober 2023. Turut hadir adalah YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar.

Majlis ini telah menyaksikan pelancaran kerjasama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) melalui perkongsian makluman peringatan bayaran cukai tanah dalam cetakan bil air PAIP. Turut dilancarkan adalah Sistem e-Doket Negeri Pahang yang digunakan bagi pengurusan pengeluaran bahan batuan di negeri ini dan Perbadanan Pasir Pahang Berhad (PPPB) adalah peneraju pertama sistem ini.

Sesuai dengan slogan "Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab, Jelaskan Cukai Tanah Anda" yang digunakan sepanjang promosi dan kempen bagi program Karnival Tanah Pahang Tahun 2023, Pejabat PTG Pahang telah menerbitkan lagu Moh Bayar Cukai Tanah Pahang yang turut dilancarkan dalam majlis ini.

Karnival Tanah Pahang Tahun 2023 yang telah selesai menjelajah ke 11 daerah di Pahang bermula 22 Julai 2023 telah berjaya merekod kutipan hasil tanah berjumlah RM258,753,327.32. Inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan oleh Pejabat PTG Pahang dan semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) ini telah membuahkan hasil apabila berjaya mengutip hasil tanah yang tinggi ini. Sepanjang tempoh karnival ini berlangsung, Kerajaan Negeri Pahang juga telah menawarkan insentif pengecualian denda lewat bayaran cukai tanah bagi pemilik yang masih belum menjelaskan cukai tanah mereka. Tawaran insentif ini masih diberi sehingga 16 Oktober 2023 ini.

Sebelum meninggalkan pentas, YAB. Menteri Besar Pahang telah menyaksikan pengumuman kutipan hasil Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini yang telah mencecah RM1.018 bilion. Kejayaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut Negeri Pahang memperoleh kutipan melebihi RM1 bilion. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan semua pegawai daerah serta agensi negeri dan Persekutuan atas usaha dan komitmen yang diberikan bagi mencapai kutipan ini terutamanya menerusi Karnival Tanah Pahang 2023.

Majlis Penutupan Karnival Tanah Pahang Tahun 2023

Majlis Penutupan Karnival Tanah Pahang Tahun 2023

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 520
  • Semalam 631
  • Minggu Ini 3184
  • Bulan Ini 12880
  • Jumlah Keseluruhan 21688474
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 16/07/24.