Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2024


Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2024 telah diadakan selama dua hari pada 8 hingga 9 Jun 2024 bertempat di Berjaya Megamall, Kuantan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin mewakili Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang pada 8 Jun 2024 jam 10.30 pagi. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar semua pemilik tanah yang masih belum menjelaskan cukai tanah supaya menggunakan insentif pengecualian denda lewat tahun semasa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang dengan menjelaskan cukai tanah sebelum 30 November 2024.

Dalam majlis sama, Kerajaan Negeri Pahang telah menerima replika cek bayaran hasil tanah dari pelbagai agensi yang keseluruhannya berjumlah RM35,288,903.15. Dato' Hamdan bin Hussin juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Sukan Orienteering Piala Menteri Besar Pahang Peringkat Daerah Kuantan. Kejohanan kali ini telah disertai oleh 40 orang pelajar dari 8 buah sekolah menengah dan 20 orang pelajar dari 5 buah sekolah rendah. Pemenang kejohanan peringkat daerah akan bertanding merebut Piala Menteri Besar sempena Majlis Penutup Karnival Tanah Pahang yang akan datang.

Buat julung kalinya, lelongan awam telah diadakan sempena Karnival Tanah Pahang pada kali ini. Sebanyak 15 buah hartanah di sekitar daerah Kuantan yang mempunyai geran hakmilik telah dibuka untuk bidaan dengan harga jualan yang kompetetif. Hartanah tersebut akan dijual kepada pembida dengan harga bidaan lelongan tertinggi dan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan. Sesi ini telah menarik minat individu yang ingin memperoleh aset kediaman dengan harga yang berpatutan.

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2024 ini turut diisi dengan 4 slot sesi Bicara Tanah sehingga 9 Jun 2024 serta pertandingan-pertandingan lain yang melibatkan pelbagai lapisan umur bagi menarik minat orang ramai untuk mengunjungi karnival ini. Pada penutup sesi karnival, Pegawai Daerah Kuantan YH. Dato' Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar telah mengumumkan jumlah kutipan Kaunter Hasil Tanah sepanjang karnival ini adalah berjumlah RM5,850,430.95.


KTP Kuantan
KTP Kuantan
KTP Kuantan
KTP Kuantan
KTP Kuantan
KTP Kuantan
KTP Kuantan
KTP Kuantan

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 517
  • Semalam 631
  • Minggu Ini 3181
  • Bulan Ini 12877
  • Jumlah Keseluruhan 21688471
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 16/07/24.