Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang di Daerah Lipis


Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah berjaya diadakan pada 1 Jun 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis. Karnival yang buat julung kalinya pada tahun ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Karnival tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang awam dan turut dimeriahkan dengan pameran dari agensi-agensi serta badan-badan kerajaan. Dalam majlis sama, YAB Menteri Besar turut merasmikan pelancaran Lagu Cukai Tanah, “Moh Wei Bayar Cukai Tanah”. YAB Menteri Besar juga menyeru agar lebih ramai lagi pemilik tanah menggunakan peluang ini untuk merebut insentif pengecualian denda lewat yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri supaya segera melunaskan bayaran cukai tanah atau tunggakan cukai tanah tanpa dikenakan denda lewat bagi mengelakkan sebarang implikasi kepada pemilikan tanah nanti.

YAB Menteri Besar juga turut menerima cek replika bayaran dari empat syarikat iaitu:
1) Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) berjumlah RM 202,500.00
2) Yayasan Pahang berjumlah RM468,903.00
3) Pahang Mining Corporation (PMC) berjumlah RM2,082,000.00
4) Tenaga National Berhad (TNB) berjumlah RM14,857,524.00
5) FELDA berjumlah RM27,158,5780.00
6) JKPTG Persekutuan berjumlah RM 27,225,621.00
7) FELCRA berjumlah RM 28,758,0820.00.

Karnival Tanah Pahang akan menjelajah ke setiap daerah di Negeri Pahang sepanjang tahun 2024. Sepanjang tempoh tersebut Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran denda lewat cukai tanah dan tempoh bagi insentif tersebut telah dilanjutkan sehingga 30 November 2024.

Nantikan Karnival Tanah Pahang ke destinasi seterusnya iaitu di daerah Kuantan pada 8 hingga 9 Jun 2024.

"Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab. Jelaskan Cukai Tanah Anda."

KTP Lipis 2024

KTP Lipis 2024

KTP Lipis 2024


KTP Lipis 2024


KTP Lipis 2024


KTP Lipis 2024


KTP Lipis 2024

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 551
  • Semalam 631
  • Minggu Ini 3215
  • Bulan Ini 12911
  • Jumlah Keseluruhan 21688505
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 16/07/24.