Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2023


Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2023 telah berlangsung di Ruang Legar Kompleks Kuantan Parade pada 17 September 2023 mulai jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Karnival dimulakan dengan Pertandingan Mewarna yang disertai oleh Tadika Kemas Daerah Kuantan terpilih. Terdapat juga pempamer -pempamer yang menyertai karnival kali ini antaranya Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang, Pahang Go, PLAN Malaysia Pahang, Polis Diraja Malaysia dan banyak lagi. Pengunjung turut mengambil kesempatan mengunjungi gerai jualan dan pameran dari pelbagai agensi dan syarikat termasuk Jualan Rahmah.

Majlis Perasmian Karnival Tanah Negeri Pahang Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2023 telah dirasmikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai.

Majlis juga dimeriahkan dengan Slot Forum Bicara Tanah telah bermula pada jam 2.30 petang membariskan tiga orang panel yang dijemput untuk mengulas topik yang dibicarakan iaitu:
a) Pusaka oleh Encik Mohd Asri bin Hamdan,JKPTG Negeri Pahang.
b) Pengambilan Tanah oleh Encik Amrill DulliyahBin Abdullah, JKPTG Negeri Pahang
c) Pengurusan Kewangan oleh wakil Bank Muamalat Malaysia Berhad

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Kuantan telah mencatatkan kutipan hasil tanah yang terkumpul sebanyak RM 20,249,111.01.












Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 520
  • Semalam 631
  • Minggu Ini 3184
  • Bulan Ini 12880
  • Jumlah Keseluruhan 21688474
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 16/07/24.