Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Rompin Tahun 2023


Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Rompin Tahun 2023 telah diadakan pada 30 September 2023, bertempat di Dewan DARA Muazam Shah, Rompin.  Acara pagi ini dimulakan dengan Senamrobik dan Permainan Tradisional seperti Congkak dan Sepak Raga. Pengunjung turut mengambil kesempatan mengunjungi gerai jualan dan pameran dari pelbagai agensi dan syarikat antaranya Kaunter Hasil PDT Bentong ialah JKPTG, JUPEM, JAIP, Mercy Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)  Negeri Pahang, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Tabung Haji Cawangan Rompin, Agro Bank Cawangan Rompin, UNIPSAS, Juruukur Mahboob dan lain-lain.  Pengunjung juga berpeluang membeli barangan rahmah di Gerai Jualan Rahmah.

Forum Bicara Tanah telah bermula pada jam 9.00 pagi membariskan tiga orang panel yang dijemput untuk mengulas topik yang dibicarakan iaitu:
a) Kesalahan-kesalahan dibawah Kanun Tanah Negara (Akta 828) oleh Encik Ahmad Zahairi Bin Alias, Penolong Pegawai Tanah, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang.
b) Kaedah Tanah 58B dan 58C Keadah Tanah Pahang 1992 oleh Encik Azora @ Ahmad Bin Shamsudin, Timbalan Pengarah Pembangunan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.
c) Pusaka Kecik dari Perspektif Waris Kadim, Cik Sharifah Shahirah Binti Syed Abidin Pegawai Pusaka JKPTG Pahang. 

Mewakili YAB. Menteri Besar Pahang, YB. Ir. Razali bin Kasim, Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang telah merasmikan majlis pada pagi ini yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Rompin, YH. Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Haji Mohd Sidek. YB. Ir. Razali menyeru agar lebih ramai lagi pemilik tanah menggunakan peluang di karnival ini untuk membayar cukai untuk membantu mencapai target Kerajaan Negeri selain dapat merebut insentif pengecualian denda lewat yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri. Dalam majlis sama, YB. Dato' Sri telah menyampaikan Sijil Pelantikan Rakan Komuniti UE kepada semua peserta terlibat dan juga penyerahan replika cek bayaran yang diterima untuk bayaran premium dan Notis 5A dari syarikat-syarikat terlibat.

Kutipan hasil tanah pada karnival kali ini mencatatkan jumlah sebanyak RM2,623,543.00. Tahniah kepada pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Rompin serta semua jabatan dan agensi yang menyumbangkan usaha dan tenaga bagi penganjuran karnival kali ini.



 


 


 
 









 

 


 

 


 

 

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 550
  • Semalam 631
  • Minggu Ini 3214
  • Bulan Ini 12910
  • Jumlah Keseluruhan 21688504
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 16/07/24.