Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Objektif, Visi & Misi

Latar Belakang

Pentadbiran tanah  telah diwujudkan sejak tahun 1920an lagi. Manakala Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PTG) telah ditubuhkan pada tahun 1948 dibawah pentadbiran K.A. Blacker. Pentadbiran ini pernah berpusat di Tingkat 4, Wisma Sri Pahang dan kemudian berpindah ke Kompleks Tun Razak pada tahun 1984. Pada Tahun 2011, PTG Pahang akhirnya beroperasi di Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota. Pentadbiran ini  bertujuan untuk menguruskan serta mentadbir sumber tanah secara lebih baik.

Kini, PTG mempunyai 12 unit kesemuanya iaitu Unit Pendaftaran, Unit Pembangunan, Unit Hasil, Unit Khidmat Pengurusan, Unit Penguatkuasaan, Unit Mineral, Unit Strata,Unit Perundangan, Unit Teknologi Maklumat, Unit Pelupusan dan Unit Korporat, Kualiti dan Audit Pengurusan dan Unit Integriti.

Visi

Menjadi sebuah agensi kerajaan yang berkesan dan berwibawa di dalam perkhidmatan dan urus tadbir tanah dalam membantu mencapai matlamat pembangunan negara yang mapan dan seimbang.

Misi

Memberi setiap penyampaian perkhidmatan di dalam pentadbiran dan pengurusan tanah secara efektif dan efisyen berteraskan budaya kerja yang profesional dan berintegriti.

Objektif

  • Memastikan penggubalan dasar – dasar, peraturan dan arahan yang berkaitan dengan perundangan dan pentadbiran tanah, peningkatan kualiti pengurusan, pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan jabatan serta pemantapan pengurusan hal-hal integriti adalah menepati kehendak undang-undang, peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan.

  • Memenuhi kehendak dan harapan pelanggan dalaman dan luaran di dalam penyampaian perkhidamatan yang efektif dan relevan.

  • Mewujudkan sistem pelupusan tanah bersistematik, menyelaras urusan pembangunan tanah milik supaya dapat dibangunkan dengan lebih sistematik, berperancangan dan meningkatan hasil negeri selaras dengan halatuju pembangunan gunatanah Negeri Pahang Darul Makmur.

  • Mewujudkan kaedah pendaftaran hakmilik tanah yang bersistematik, memproses permohonan pecah bahagi bangunan dan tenemen mineral serta menguatkuasa undang-undang pentadbiran tanah dan mineral di Negeri Pahang.

  • Utama
  • Maklumat Korporat
  • Objektif, Visi & Misi

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.45 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 198
  • Semalam 460
  • Minggu Ini 2245
  • Bulan Ini 11816
  • Jumlah Keseluruhan 21437580
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 27/01/23.
qrcode