Assalamualaikum w. b. t. dan salam sejahtera.
Selamat datang ke Portal Rasmi PTG Pahang.
Perkembangan terkini dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti dan penyebaran maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang, yang berperanan menerajui pentadbiran tanah di Negeri Pahang. Adalah diharapkan portal ini dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat yang boleh dilayari tanpa had dan sempadan.
Portal ini diwujudkan antara lain adalah sebagai rujukan dan memberi ruang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat mengikut keperluan semasa berkenaan prosedur urusan tanah, cukai tanah, permohonan hak milik strata dan sebagainya, di samping menjimatkan masa dan memudahkan masyarakat membuat rujukan berkaitan pelbagai urusan tanah secara atas talian.
Pentadbiran Tanah Negeri Pahang sentiasa menuju pembaharuan dan peningkatan kecekapan, di antaranya adalah dengan menyediakan pembayaran cukai atas talian melalui Financial Process Exchange (FPX).
Pada tahun 2019 sebanyak 3.89% pemilik membayar hasil secara atas talian (26,492 daripada 681,654 pemilik). Di antara kejayaan Pejabat PTG pada tahun 2019 juga adalah pencapaian 100% bagi
Pendaftaran Pindahmilik Tanah dalam tempoh Satu Hari, menjalankan pengauditan Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah bagi 11 daerah dan mencapai 100% bagi penggunaan HRMIS.
Pejabat PTG Pahang juga kini di dalam proses ke arah pensijilan MS ISO 9001:2015 dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Saya juga mengalu-alukan cadangan dan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi kandungan portal ini. Akhir kata, semoga Portal Rasmi Pejabat PTG Pahang ini akan terus memberi manfaat dan memenuhi keperluan semua pihak pada masa ini dan akan datang.
Sekian terima kasih.
Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.45 Petang
REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang
Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang