Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Soalan Lazim Berkaitan Cukai Petak

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PELAKSANAAN CUKAI PETAK UNIT STRATA, PEJABAT PTG PAHANG

  1. Apakah Punca Kuasa Pelaksanaan Cukai Petak di Negeri Pahang?

    Pelaksanaan Cukai Bagi Petak Atau Blok Sementara Pembangunan Berstrata telah diwartakan oleh YB Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui No. Warta P.U.(B) 645/2022 bertarikh 27 Disember 2022.

  2. Bilakah Tarikh Berkuat Kuasa Kutipan Cukai Petak di Negeri Pahang?

    Pelakasanaan Kutipan Cukai Petak bermula 1 Januari 2024.

  3. Adakah Cukai Petak boleh dibayar secara atas talian?

    Buat masa ini tiada perkhidmatan bayaran Cukai Petak di atas talian sama ada melalui FPX atau PahangGo.

  4. Sekiranya Pemilik Petak telah membuat bayaran Cukai Tanah (Master Title) adakah Pemilik Petak perlu membuat bayaran Cukai Petak?

    Sekiranya bayaran hasil Cukai Tanah berlebihan, Pemilik Petak tidak perlu membuat apa-apa bayaran. Sekiranya bayaran hasil Cukai Tanah terkurang, nilai hasil akan dibahagikan kepada semua syer dan dicaj ke dalam bil Cukai Petak Pemilik Petak.

  5. Bagaimanakah Cara Untuk Mendapatkan Bil Cukai Petak Individu?

    Bil Cukai Petak Individu boleh didapati dengan melengkapkan borang permohonan di pautan http://tinyurl.com/ywhuku65
  6. Bagaimanakah Cara Untuk Pihak Perbadanan Pengurusan Mendapatkan Bil Cukai Petak Secara Pukal?

    Bil Cukai Petak Secara Pukal boleh didapati di Unit Strata, Pejabat PTG Pahang dan Unit Hasil di PDT.

  7. Dimanakah tempat untuk membayar Cukai Petak?

    1. Kaunter Hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang.
    2. Kaunter Hasil di semua Pejabat Tanah Daerah di negeri Pahang.
    3. Bayaran melalui pos (cek,wang pos, postal order, money order) hendaklah dibuat atas nama “PENTADBIR TANAH DAERAH………” (mengikut daerah-daerah yang berkenaan) atau “PENDAFTAR HAKMILIK NEGERI PAHANG” (pemilik perlu sertakan maklumat hak milik).
  8. Apakah Nombor Telefon Untuk Dihubungi Jika Terdapat Sebarang Pertanyaan/ Masalah?

    Nombor Telefon Yang Boleh Dihubungi:

    1. Ketua Penolong Pengarah (Strata)
      09-571 2671

    2. Penolong Pegawai Tadbir (Strata)
      09-571 2670

    3. PIC Unit Strata
      09-571 2673

 

  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Strata
  • Cukai Petak

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 528
  • Semalam 631
  • Minggu Ini 3192
  • Bulan Ini 12888
  • Jumlah Keseluruhan 21688482
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 16/07/24.