Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Senarai Semak Permohonan Mengubah Kategori Tanah dan Meminda Syarat Nyata Tanah

Senarai Semak Dokumen Permohonan:

  1. Mengubah Kategori Penggunaan Tanah Di Bawah Seksyen 124(1)(A) Kanun Tanah Negara (Akta 828)
    1. Daripada Pertanian Kepada (Bangunan/Industri)
    2. Daripada Bangunan Kepada (Pertanian/Industri)
    3. Daripada Industri Kepada (Pertanian/Bangunan)
  2. Meminda Syarat Nyata Tanah Di Bawah Seksyen 124(1)(C) Kanun Tanah Negara (Akta 828)
    1. Daripada Bangunan Kepada Bangunan
    2. Daripada Industri Kepada Industri

Dokumen-dokumen yang dikehendaki ketika mengemukakan permohonan adalah seperti berikut:

Bil Perkara Bil. Salinan
1.
  1. Permohonan untuk mengubah kategori penggunaan tanah.
    [Seksyen 124(1)(a) Kanun Tanah Negara (Akta 828)].

    Bayaran permohonan mengikut Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (Pindaan 2020) bagi setiap hakmilik ialah:

    (i) Kurang dari 4 hektar - RM300.00
    (ii) Melebihi 4 hektar hingga 20 hektar - RM300.00
    (iii) Melebihi 20 hektar hingga 40 hektar - RM1,000.00
    (iv) Melebihi 40 hektar hingga 100 hektar - RM1,500.00
    (v) Melebihi 100 hektar -

    RM2,000.00

  2. Permohonan untuk untuk meminda syarat nyata tanah.
    [Seksyen 124(1)(c) Kanun Tanah Negara (Akta 828)].

    Bayaran permohonan mengikut Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (Pindaan 2020) bagi setiap hakmilik ialah:

    (i) Kurang dari 4 hektar - RM20.00
    (ii) Melebihi 4 hektar hingga 20 hektar - RM150.00
    (iii) Melebihi 20 hektar hingga 40 hektar - RM300.00
    (iv) Melebihi 40 hektar hingga 100 hektar - RM750.00
    (v) Melebihi 100 hektar - RM1,500.00

     (Dalam bentuk Bank Deraf/Kiriman Wang Pos Berpalang/Tunai atas nama ‘PENDAFTAR HAKMILIK NEGERI PAHANG’).

 
2. Borang Permohonan TS 124 / 124A.(Tandatangan asal pemohon di setiap borang dan nombor telefon yang boleh dihubungi). 1 salinan
3. Surat penjelasan tujuan kegunaan tanah bagi permohonan mengubah kategori penggunaan tanah.[Seksyen 124(1)(a) Kanun Tanah Negara (Akta 828)]. 1 salinan
4. Surat penjelasan tujuan kegunaan tanah bagi permohonan meminda syarat nyata tanah.[Seksyen 124(1)(c) Kanun Tanah Negara (Akta 828)].  1 salinan
5. Salinan Kad Pengenalan pemohon.  1 salinan
6.
  1. Pelan Akui yang boleh didapati di Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang (JUPEM) atau dalam aplikasi Mylot; atau
  2. Pelan Charting Pejabat Daerah dan Tanah jika hak milik sementara.
1 salinan (6 salinan fotostat)
7. Foto / Gambar lot yang dipohon (berwarna).(Sudut Utara/Selatan/ Timur/Barat). 1 set
8. Sijil carian rasmi terkini.(Diperolehi di Pejabat Daerah dan Tanah Pahang @ Pejabat Pengarah dan Galian Pahang) 2 salinan(1 asal)
9. Salinan hak milik (DHKK) dan pelan tanah. 2 salinan
10. Salinan resit cukai tanah tahun semasa. 1 salinan
11. Surat persetujuan daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah tersebut. (jika berkaitan)(Jika terdapat gadaian/kaveat/pajakan di atas hak milik) 1 salinan asal
12. Surat Kuasa Wakil yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi, PDT atau PTG. (Jika berkaitan). 1 salinan
13. Bagi permohonan daripada Syarikat perlu mengemukakan dokumen berikut :
  1. Lampiran B
  2. Profail syarikat (Superform) yang dicetak daripada system myData atau e-info Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (tempoh sah laku tiga (3) bulan [ termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)] yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
  3. Resolusi syarikat untuk keputusan memohon mengubah kategori penggunaan/meminda syarat nyata tanah.


1 salinan
1 salinan


1 salinan
 14. Bagi permohonan daripada Pertubuhan perlu mengemukakan dokumen berikut :Lampiran B;Undang-Undang Tubuh;Keputusan yang membenarkan permohonan ini (berdasarkan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh); danBorang perlu ditandatangani oleh mereka yang diberi kuasa mengikut Undang-Undang Tubuh.  1 salinan
 15. Bagi permohonan daripada Koperasi perlu mengemukakan dokumen berikut :Lampiran B; Undang-Undang Kecil Koperasi; Keputusan yang membenarkan permohonan ini (berdasarkan peruntukan dalam Undang-Undang Kecil); dan Borang perlu ditandatangani oleh mereka yang diberi kuasa mengikut Undang-Undang Kecil.  1 salinan 
 16. Surat sokongan/persetujuan daripada Majlis Ugama Islam Pahang (JAIP).Untuk cadangan kegunaan institut maahad tahfiz/Sekolah Agama Swasta. 1 salinan 
17. Surat sokongan/persetujuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.Untuk cadangan kegunaan rumah kebajikan. 1 salinan 
18. Surat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) oleh Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Untuk cadangan Rumah Ibadat Bukan Islam. 1 salinann

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
Unit Pembangunan
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang
Aras 1, Bangunan PTG
Bandar Indera Mahkota
25990 Kuantan

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh hubungi:
No. Telefon : 09-5712600
No. Faksimili: 09-5712605
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Pembangunan Tanah
  • Senarai Semak Permohonan Mengubah Kategori Tanah

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 352
  • Semalam 572
  • Minggu Ini 1161
  • Bulan Ini 9374
  • Jumlah Keseluruhan 21667231
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 11/06/24.