Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Makluman Remisyen Ke Atas Fi Pendaftaran Hak Milik (Remisyen 2020)

  1. Jadual bayaran seperti Jadual 1 di bawah.
  2. Suratcara Pindah Milik (Borang 14A) dan Perintah Jual (Lelong) yang dimatikan setem duti sebelum atau pada 31 Januari 2021, akan dikenakan pada kadar lama mengikut Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (KTP) 1992 (Pindaan) 2015 dan pembayaran balik akan dibuat kepada pemilik tanah untuk lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dibuat.
  3. Pembayaran balik akan dibuat kepada pemilik tanah bagi lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dikenakan mengikut Kaedah 57 item no.(38) dan (47) KTP 1992 (Pindaan) 2020.
  4. Fi pendaftaran pindah milik tanah kepada pembeli rumah pertama dikenakan pada kadar RM100.00 sahaja.
  5. Pelaksanaan Kaedah 57 item no.(38) KTP 1992 (Pindaan) 2020 kepada pembeli Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang (PR1MA), Rumah Makmur Negeri Pahang atau mana-mana projek perumahan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang diberikan moratorium sehingga 31 Disember 2021.
  6. Fi pendaftaran pindah milik tanah (pemberian kasih sayang) daripada ibu dan/ atau bapa kepada anak atau sebaliknya, suami kepada isteri atau sebaliknya dan di antara adik beradik kandung dikenakan pada kadar RM100.00 sahaja.


JADUAl 1
Remisyen bagi Suratcara Pindah Milik (Borang 14A) - Kaedah 57 Item No.38 KTP 1992
*Panduan: Jadual Bayaran Pendaftaran Pindahmilik Fi
RM 50,000 dan ke bawah Dikenakan kadar minimum RM 100
Melebihi RM 50,000 - RM 100,000 RM 125
Melebihi RM 100,000 - RM 150,000 RM 500
Melebihi RM 150,000 - RM 250,000 RM 750
Melebihi RM 250,000 - RM 300,000 RM 1,000
Melebihi RM 300,000 - RM 400,000 RM 1,200
Melebihi RM 400,000 - RM 600,000 RM 2,500
Melebihi RM 600,000 - RM 750,000 RM 3,000
Melebihi RM 750,000 - RM 1,000,000 RM 3,500
Melebihi RM 1,000,000 - RM 1,500,000 RM 4,000
Melebihi RM 1,500,000 - RM 2,000,000 RM 4,500
Melebihi RM 2,000,000 - RM 2,500,000 RM 5,000
Melebihi RM 2,500,000 - RM 3,000,000 RM 5,500
Melebihi RM 3,000,000 ke atas RM 6,000


Remisyen bagi Perintah Jual (Lelong) - Kaedah 57 Item No.47 KTP 1992
*Panduan: Jadual Bayaran Pendaftaran Pindahmilik Fi
RM 50,000 dan ke bawah Dikenakan kadar minimum RM 100
Melebihi RM 50,000 - RM 100,000 RM 125
Melebihi RM 100,000 - RM 150,000 RM 500
Melebihi RM 150,000 - RM 250,000 RM 750
Melebihi RM 250,000 - RM 300,000 RM 1,000
Melebihi RM 300,000 - RM 400,000 RM 1,200
Melebihi RM 400,000 - RM 600,000 RM 2,500
Melebihi RM 600,000 - RM 750,000 RM 3,000
Melebihi RM 750,000 - RM 1,000,000 RM 3,500
Melebihi RM 1,000,000 - RM 1,500,000 RM 4,000
Melebihi RM 1,500,000 - RM 2,000,000 RM 4,500
Melebihi RM 2,000,000 - RM 2,500,000 RM 5,000
Melebihi RM 2,500,000 - RM 3,000,000 RM 5,500
Melebihi RM 3,000,000 ke atas RM 6,000
  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Pendaftaran Hakmilik
  • Makluman Remisyen Ke Atas Fi Pendaftaran Hak Milik

Hubungi Kami

  • Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang.
  • 09-5712600
  • 09-5712605
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi Jabatan

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 4.45 Petang

REHAT
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang

Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang

Statistik Pelawat

  • Hari Ini 203
  • Semalam 460
  • Minggu Ini 2250
  • Bulan Ini 11821
  • Jumlah Keseluruhan 21437585
Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kemaskini : 27/01/23.
qrcode