Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Pejabat PTG Pahang Menang 2 Anugerah Dalam Anugerah Pahang 1st

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua anugerah berprestij sempena Majlis Anugerah Pahang 1st, iaitu Penarafan Platinum bagi Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) dan Anugerah Kutipan Hasil Tanah Melebihi 100% Sasaran. Majlis penuh berprestij yang berlangsung pada 9 Disember 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Pengiktirafan ini sekali gus mengukuhkan reputasi PTG Pahang sebagai jabatan yang komited dalam kecemerlangan pengurusan tanah di negeri ini.

Proses penilaian bagi penyertaan PTG Pahang telah dilaksanakan pada 6 November 2025, melibatkan tempoh persediaan dokumentasi hampir dua bulan oleh pasukan urus setia yang dilantik. Hasil usaha bersepadu dan komitmen tinggi seluruh pasukan, PTG Pahang berjaya membawa pulang jumlah keseluruhan hadiah wang tunai RM42,000 bagi kedua-dua kategori yang dimenangi. Pencapaian ini menjadi bukti keupayaan jabatan dalam mengekalkan integriti pengurusan, ketepatan rekod serta kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Penganugerahan ini menjadi pemangkin penting dalam menyemarakkan budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan warga PTG Pahang. Ia turut memberi motivasi berterusan kepada jabatan untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti perkhidmatan, serta mencapai sasaran strategik yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Pengarah PTG Pahang, Puan Halimah-Tus-Saadiah binti Abdul Halim dan Puan Amilia Suraya binti Muhammad Arif, bersama lapan orang pegawai serta kakitangan jabatan. Kehadiran mereka menyerlahkan sokongan padu terhadap usaha peningkatan prestasi jabatan dan komitmen ke arah kecemerlangan berterusan.
  • Hits: 1456