Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Latihan Menembak Siri 1/2025

Latihan Menembak Siri 1/2025 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah berjaya dilaksanakan pada 18 November 2025 di Lapang Sasar S.M.G, Pasukan Gerakan Am Kuantan. Program anjuran Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) ini diketuai oleh Encik Saifullah bin Muhammad Ali dan disertai seramai 42 peserta bersama 5 orang urus setia. Majlis turut dirasmikan oleh Puan Amilia Suraya binti Muhammad Arif, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Encik Isma Masri bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan), Inspektor Norizan bin Haji Othman, Ketua Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan selaku ketua fasilitator serta ASP Mohd Hafez Anuwar bin Azmin, dari Cawangan Perlesenan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang. Kehadiran dan kerjasama pelbagai agensi ini memperkukuh aspek keselamatan serta pematuhan prosedur latihan.

Latihan menembak ini bertujuan meningkatkan kemahiran menembak, kecekapan operasi dan disiplin anggota dalam tugasan penguatkuasaan. Program berlangsung dengan teratur, mematuhi prosedur keselamatan, serta menerima penyertaan dan komitmen tinggi daripada semua peserta. Pejabat PTG Pahang komited meneruskan latihan seumpama ini bagi memastikan kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota sentiasa berada pada tahap terbaik.
  • Hits: 1509