Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Penilaian Akhir Anugerah Pahang First

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
  • Gambar 7:
  • Gambar 9:
Pada 6 November 2025 (Khamis), satu Lawatan Penilaian Akhir Anugerah Pahang 1st telah diadakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang.  Sesi penilaian tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Dato’ Razihan bin Adzharuddin.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian akhir bagi mengenal pasti agensi terbaik yang menzahirkan prestasi cemerlang dalam aspek pengurusan, inovasi dan penyampaian perkhidmatan awam di bawah Anugerah Pahang 1st. Sesi penilaian telah dihadiri oleh 5 orang ahli panel Anugerah Pahang 1st serta seorang pegawai sekretariat yang bertanggungjawab menyelaras perjalanan program. Sepanjang sesi tersebut, Pejabat PTG Pahang telah membentangkan pelbagai inisiatif dan pencapaian strategik jabatan yang menyokong visi kerajaan negeri ke arah “Pahang 1st – Negeri Terunggul, Rakyat Sejahtera.”

Dalam ucapan alu-aluannya, Dato’ Razihan bin Adzharuddin menzahirkan penghargaan kepada barisan panel penilai atas kehadiran dan kesudian menilai usaha serta komitmen jabatan dalam memperkukuh sistem penyampaian pentadbiran tanah dan galian di negeri Pahang. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada upasukan penyelaras Anugerah Pahang 1st Pejabat PTG Pahang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Unit Audit Pengurusan, Unit Integriti dan Unit Audit Pematuhan. Beliau turut menegaskan bahawa kecemerlangan perkhidmatan awam hanya dapat dicapai melalui budaya kerja berpasukan, integriti serta keazaman untuk terus berinovasi.

Lawatan ini berakhir dengan sesi perbincangan ringkas antara panel penilai dan warga PTG Pahang. Secara keseluruhannya, lawatan penilaian akhir ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
  • Hits: 1360