Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan Sistem e-Tanah ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
Pada 28 Oktober 2025, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah mengadakan Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan Sistem e-Tanah ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Lawatan ini disertai oleh 30 orang delegasi yang terdiri daripada wakil-wakil semua unit di Pejabat PTG Pahang dan diketuai oleh Puan Halimah-Tus-Saadiah binti Mohd Halim, Timbalan Pengarah (Pembangunan).
 
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pengalaman PTGS dalam pelaksanaan Sistem e-Tanah selain mempelajari amalan terbaik (best practices) berkaitan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi sistem. Lawatan ini juga bertujuan mengenalpasti cabaran serta langkah mitigasi yang telah diambil oleh PTGS sebelum dan sepanjang pelaksanaan sistem berkenaan, di samping memahami prosedur operasi standard (SOP) dalam penyediaan Business Requirement Specification (BRS) melalui sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.
 
Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Hizan bin Wahed, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) PTGS diikuti dengan pembentangan oleh Encik Mohd Sabri bin Haron, Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) yang berkongsi secara terperinci tentang pengurusan projek, struktur pelaksanaan, dan strategi penyelenggaraan Sistem e-Tanah di negeri Selangor. Perkongsian ini telah memberikan panduan berharga kepada Pejabat PTG Pahang dalam merancang langkah-langkah pelaksanaan sistem yang lebih tersusun dan berkesan.
 
Secara keseluruhannya, lawatan penandaarasan ini telah mencapai objektifnya dengan jayanya serta membuka ruang kerjasama strategik antara Pejabat PTG Pahang dan PTGS. Ia turut memperkukuh komitmen Pejabat PTG Pahang untuk membentuk sebuah pasukan pelaksana yang mampan dan mampu membuat persediaan awal sebelum pembangunan Sistem e-Tanah dalam tempoh terdekat ini.
  • Hits: 1612