Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Program Sumbangan Bakul Ramadan PETALIAN

Program Sumbangan Bakul Ramadan PETALIAN yang telah berlangsung pada 3 Mac 2026 merupakan salah satu inisiatif murni anjuran Badan Kebajikan & Sukan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PETALIAN) dalam menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan. Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada semua ahli kelab di samping memupuk semangat kebersamaan, keprihatinan dan ukhuwah dalam kalangan warga jabatan. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Yang Dipertua PETALIAN, YH. Dato' Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar.

Melalui program ini, diharapkan sedikit sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban serta menceriakan persiapan ahli dalam menjalani ibadah puasa. Semoga usaha ini menjadi platform untuk terus menyemai nilai kasih sayang, saling membantu dan memperkukuh silaturahim dalam keluarga besar PETALIAN.

1 zamer
5 urt
6 solihhin
  • Hits: 965