Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah mendapat pengiktirafan apabila berjaya merangkul Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025 kategori Jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan.

Pengiktirafan tersebut diterima oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang sempenaMajlis Penyampaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dan Peluncuran Sistem Pengurusan Keselamatan Perlindungan (e-PS) serta Sistem e-Vetting 3.0 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Putrajaya. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan merupakan pengiktirafan kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang menunjukkan tahap pematuhan serta pengurusan keselamatan perlindungan yang cemerlang berdasarkan penilaian yang ditetapkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.

  • Hits: 1139