Program Menjejak Pelangi: Recharge and Reconnect
Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PETALIAN) telah berjaya menjejak pelangi di Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing pada 5 Julai 2025. Program ini telah disertai oleh 50 orang ahli yang memulakan perjalanan seawal jam 5.15 pagi dan sempat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Sg. Lembing.
Aktiviti seperti ini telah berjaya mencabar keupayaan fizikal di samping menjadi pemula kepada gaya hidup lebih sihat dalam kalangan warga kerja. Ia turut meninggalkan kenangan manis apabila peserta berjaya ‘menyentuh’ pelangi di depan mata. Tahniah kepada semua peserta.