Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Kursus Teknikal Sistem Pentadbiran Tanah Negeri Pahang

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
Pada 11 hingga 12 Jun 2025 yang lalu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang melalui Unit Teknologi Maklumat telah berjaya menganjurkan Kursus Teknikal Sistem Pentadbiran Tanah Pahang bertempat di Pejabat Daerah Kecil Genting, Bentong. Kursus ini melibatkan penyertaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) berjawatan hakiki dari semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di negeri ini.

Kursus ini bertujuan memberi ruang bagi sesi perkongsian dan pemugaran kemahiran teknikal ICT dalam kalangan peserta bagi mengendali pengoperasian sistem-sistem aplikasi yang digunakan dalam pentadbiran tanah Pahang. Ia turut menjadikan semua PPTM sentiasa bersedia menjadi first level support di PDT masing-masing dan membantu kelancaran penyampaian perkhidmatan digital kepada rakyat secara umumnya.
  • Hits: 1968