Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Selamat berkunjung ke Laman Web Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.

Perkembangan terkini dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk Artificial Intelligence (AI) telah menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti dan penyebaran maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang sebagai peneraju pentadbiran tanah di negeri Pahang. Laman web ini diharapkan mampu mengeratkan lagi hubungan jabatan dengan rakyat yang boleh dilayari tanpa had dan sempadan.

Laman web ini juga diwujudkan antara lain sebagai rujukan dan memberi ruang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengikut keperluan semasa berkaitan prosedur urusan tanah, cukai tanah, permohonan hak milik strata, pekeliling dan arahan pentadbiran tanah negeri yang mungkin menjadi sumber panduan kepada agensi-agensi lain dan rakyat. Dengan adanya laman web ini, ia akan dapat menjimatkan masa dan memudahkan agensi serta rakyat membuat rujukan berkaitan pelbagai urusan tanah secara dalam talian.

Pentadbiran Tanah Negeri Pahang sentiasa proaktif dalam mengorak langkah ke arah tadbir urus secara digital untuk membantu memudahkan rakyat berkaitan urusan tanah. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan seperti menyediakan pembayaran cukai tanah dalam talian melalui Financial Process Exchange (FPX) dan aplikasi PahangGO dan transaksi digital lain boleh dibuat melalui DuitNow, QRPay dan juga kad debit/kredit. Sepanjang tahun 2021 sehingga 2025, sebanyak RM93 juta cukai tanah telah berjaya dikutip melibatkan sejumlah 529,000 transaksi secara dalam talian.

Antara kejayaan dan pengiktirafan yang pernah diterima oleh Pejabat PTG Pahang adalah pencapaian 100% Pindah Milik Tanah Dalam Tempoh Satu Hari, mendapat Pensijilan Audit MS ISO 9001:2015, pelantikan sebagai Agensi Peneraju Inisiatif Pahang Digital 2021 – 2025, mencapai 100% bagi penggunaan HRMIS dan yang terkini Anugerah Kutipan Hasil Melebihi 100% Sasaran Tahun 2025 dan Penarafan Platinum Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) Jabatan Negeri sempena Majlis Anuegrah Pahang 1st.

Justeru, saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi kandungan portal ini. Akhir kata, semoga Laman Web Rasmi Pejabat PTG Pahang ini akan terus memberi manfaat dan memenuhi keperluan semua pihak pada masa ini dan akan datang.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

YH. Dato' Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar, DIMP., SMP., AAP.

Pengarah Tanah dan Galian Pahang