Bengkel Pengambilan Tanah Cadangan Talian Penghantaran Elektrik
Bengkel Pengambilan Tanah Cadangan Talian Penghantaran Elektrik 500kV Renewable And Interconnected Sustainable Energry (RISE) Sambungtara Vietnam – Malaysia – Singapura (VMS)
Pada 25 hingga 26 Ogos 2025, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menganjurkan Bengkel Pengambilan Tanah berkenaan Cadangan Talian Penghantaran Elektrik 500kV Renewable And Interconnected Sustainable Energry (RISE) Sambungtara Vietnam – Malaysia – Singapura (VMS) bertempat di Silk Ballroom, Level 1, Zenith Hotel Putrajaya. Bengkel ini dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Maran, Bera, juru ukur dan wakil agensi teknikal yang terlibat dalam proses pengambilan tanah.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai pelaksanaan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486). Antara topik yang dibincangkan adalah senarai semak pengambilan tanah, penyediaan pelan pengambilan, penilaian pampasan, jenis tuntutan dan peranan setiap agensi dalam memastikan proses pengambilan dilaksanakan dengan lebih cekap dan telus.
Sepanjang bengkel berlangsung, peserta berpeluang mengikuti sesi taklimat, perbincangan kumpulan, serta pembentangan dan sesi soal jawab berdasarkan situasi sebenar pengambilan tanah. Kaedah interaktif ini telah membantu peserta memahami cabaran sebenar di lapangan serta cara terbaik menguruskan isu-isu berbangkit, khususnya berkaitan dengan hak pemilik tanah dan kepentingan pembangunan awam.
Bengkel ini juga menjadi platform perkongsian ilmu antara pegawai berpengalaman dengan pegawai baharu, selain mengukuhkan kerjasama strategik antara jabatan dan agensi yang terlibat untuk memastikan projek RISE dapat berjalan mengikut jadual yang dirancang. Secara keseluruhan, bengkel ini berjaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran peserta terhadap kepentingan menguruskan pengambilan tanah secara profesional, telus, dan mematuhi kehendak undang-undang.

- Hits: 1711