Program Kesedaran Keselamatan Awam (PPKA)
Pada 24 September 2025, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan Awam (PPKA) khusus untuk kakitangan pejabat. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran warga kerja terhadap aspek keselamatan diri, tempat kerja serta langkah pencegahan sekiranya berlaku kecemasan.
Sesi taklimat dan pembelajaran telah disampaikan oleh pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Kuantan. Antara pengisian utama ialah penerangan mengenai langkah pencegahan kebakaran, kaedah penggunaan alat pemadam api dengan betul, serta tindakan awal yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kecemasan. Peserta juga didedahkan dengan pengetahuan asas pertolongan cemas, termasuk demonstrasi kaedah Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) sebagai langkah menyelamatkan nyawa ketika berlaku kecemasan perubatan.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memberi pendedahan yang bermanfaat kepada seluruh kakitangan PTG Pahang dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, bersedia dan responsif terhadap sebarang kemungkinan insiden.