Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Pengumuman

Bayaran Cukai Petak Secara Dalam Talian


Cukai Petak Negeri Pahang Kini Boleh Dibayar Secara Dalam Talian

Satu kemudahan baharu kini tersedia untuk pemilik petak hak milik strata di Negeri Pahang.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah membangunkan semula platform bayaran cukai secara dalam talian melalui FPX iaitu Sistem e-Bayar Pejabat PTG Pahang dengan penambahan fungsi serta kemudahan pembayaran yang lebih menyeluruh.

Ciri-ciri baharu:

1. Pemilik petak kini boleh membuat pembayaran Cukai Petak melalui FPX. 
2. Pembayar Cukai Tanah dan Cukai Petak boleh menyemak sejarah pembayaran masing-masing melalui sistem.
3. Slip transaksi pembayaran dihantar terus ke alamat e-mel pembayar.

Layari pautan berikut untuk menggunakan perkhidmatan ini:
https://fpxptg.pahang.gov.my

Kini, urusan pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak Negeri Pahang lebih mudah, cepat dan selamat melalui Sistem e-Bayar Pejabat PTG Pahang.